berita

Gadis Trivago, Dahlia Shazwan Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

February 23rd, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Korang mesti kenal dengan rupa manis dan suara bersahaja Dahlia Shazwan yang terkenal dengan gelaran gadis trivago. Beliau semakin dikenali selepas mengacara beberapa rancangan televisyen di astro. Pada sekitar tahun 2016, gadis trivago ini telah selamat mendirikan rumahtangga bersama jejaka pilihan hati.

Terbaru, Dahlia Shazwan dikhabarkan telah selamat melahirkan bayi sulungnya seberat 2.7kg di sebuah hospital swasta bertempat di Kuala Lumpur pagi tadi.

‘Tahniah, mummy Dahlia! Assalamualaikum baby F’

Seorang rakannya telah memuatnaik berita gembira tersebut melalui perkongsian dari insta story dengan caption penuh keterujaan menyambut kelahiran bayi pertama gadis trivago ini. Sekeping gambar Dahlia Shazwan sedang tersenyum bersebelahan dengan bayinya turut dikongsikan kepada pengikut instagramnya. Menurut laporan daripada Astro Awani, Dahlia Shazwan selamat melahirkan bayi perempuan.

’39 weeks now’

Dahlia Shazwan banyak berkongsi momen sepanjang kehamilannya melalui akaun Instagram. Tiga hari lalu dia menzahirkan keterujaannya melalui insta story dengan caption tick tock tick tock. 39 weeks now! Admin ucapkan tahniah dan selamat berpantang kepada gadis trivago kita ni.

Credit: Instagram adilaramly & DahliaShazwan , Astro Awani

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×