Foto: News Sky
Seorang lelaki yang juga merupakan bekas tentera telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 38 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh dua jirannya.
Tikam jiran sebab parkir
Foto: News Sky
Suspek yang berusia 35 tahun itu telah membunuh pasangan suami isteri, Stephen and Jennifer Chapple menggunakan keris istiadat ketenteraan miliknya pada November tahun lalu. Difahamkan, pembunuhan itu berlaku kerana perselisihan faham antara suspak dan mangsa berhubung parkir kereta di kawasan rumah mereka di Norton Fitzwarren, Somerset.
Menurut sumber, ketika kejadian, anak-anak pasangan suami isteri itu sedang tidur. Semasa perbicaraan, tertuduh dikatakan telah melompat pagar untuk mendapatkan akses ke rumah mangsa sebelum berlakunya insiden tragis itu.
Selepas berjaya memasuki rumah tersebut, suspek bertindak menikam mangsa sebanyak enam kali di bahagian dada dan bahu. Suspek kemudian menghubungi talian kecemasan dan mengaku telah menikam pasangan suami isteri itu.
Saya berpusing-pusing sambil memegang pisau dan saya telah menikam mereka berdua.
Penjara seumur hidup
Sekadar gambar hiasan
Menurut sumber, sejam sebelum dia menikam pasangan tersebut, isterinya telah meminta untuk bercerai. Bukan itu sahaja, 10 hari sebelum pembunuhan itu berlaku, suspek dan jirannya itu dikatakan ada bertengkar dan dalam pertengkaran tersebut, masing-masing telah menggunakan kata-kata kesat.
Dua pakar psikiatri forensik mendapati suspek tidak mengalami sebarang psikosis atau gangguan tekanan tetapi hanya didiagnosis kemurungan ringan hingga sederhana. Pada 17 Jun 2022 lalu, tertuduh didapati bersalah kerana membunuh dan bakal dipenjara seumur hidup dengan tempoh minimum 38 tahun.
Sumber: News Sky