berita

Gagal Banyak Kali & Ambil 6 Tahun Untuk Tamat Pengajian Di Amerika – Juliana Evans

May 7th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Screen Shot 2014-05-06 at 11.27.10 PM

Umum sedia maklum bahawa si cantik, Juliana Evans baru-baru ini telah menamatkan program ijazahnya dalam jurusan Filem, Video dan Pengajian Media di Western Michigan University.

Sanggup mengorbankan kariernya semata-mata mahu menyambung pengajian, Juliana bagaikan memberi inspirasi kepada para peminatnya yang amat kagum dengan kegigihan gadis kacukan itu.

Lebih menarik lagi, walaupun mengambil masa selama 6 tahun untuk menamatkan pengajian, Juliana menyatakan bahawa dia tidak pernah putus asa untuk bangkit daripada kegagalannya.

Screen Shot 2014-05-06 at 4.46.38 PMJuliana Evans tidak pernah berputus asa sepanjang pengajiannya

“Most people might not know how much this means to me. It took me 6 years to complete my degree. It wasn’t easy working & studying at the same time when I was in Msia, just so I can pay for my studies here. Definitely the biggest & longest challenge of my life. I failed so many times, but I never gave up. I just kept on going.

I made TONS of mistakes, bt I learned from each of them. Bcz I have a vision in my life, n only I can make it come true. I sacrificed everything for my dreams, including my career. Education is important to me. And throughout the years it made me a new & better person. I regret nothing.”

Screen Shot 2014-05-06 at 4.47.28 PM

Kegembiraan jelas terpancar di wajah Juliana apabila berjaya menamatkan pengajiannya

Mahu memberi fokus kepada kariernya pula selepas ini, Juliana juga tidak lekang untuk berkongsi kenangan manis bergelar graduan kepada universiti tersohor itu menerusi laman Instagramnya.

Sementara itu, ruangan komen pula dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada para peminat yang berharap agar gadis berusia 24 tahun itu kembali ke Malaysia dan meneruskan perjuangannya sebagai anak seni.

Namun, apa agaknya perancangan sebenar Juliana selepas ini ya? Sama-sama kita nantikan! Sebelum itu, mari kita lihat beberapa keping foto yang Juliana di hari konvokesyennya.

Kredit Foto: Instagram Juliana Evans

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×