berita

Gagal Capai 70 Emas Di Sukan SEA, Ketua Kontinjen Mohon Maaf

December 12th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Temasya Sukan SEA edisi ke-30 telah melabuhkan tirai dengan menyaksikan tuan rumah iaitu Filipina mengungguli tempat pertama dengan 149 pingat emas. Skuad negara gagal mencapai sasaran 70 pingat emas dengan hanya membawa pulang 55 pingat emas sekaligus melayakkan Malaysia di tempat ke-5.

Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kegagalan skuad negara mencapai sasaran pingat.

Over confident punca gagal

Datuk Megat Zulkarnain menerusi sidang media meluahkan rasa kecewa dan memohon maaf kerana skuad negara gagal memenuhi sasaran 70 pingat emas di Sukan SEA Filipina itu. Pasukan negara hanya memperolehi 55 emas, 58 perak dan 71 gangsa sekaligus menempatkan Malaysia di tempat ke-5 daripada 11 negara bertanding.

Pengurusan temasya juga lemah

Tambahnya. dia turut mendakwa kegagalan itu berpunca daripada beberapa faktor termasuk sikap terlalu yakin atlet dalam beberapa sukan seperti memanah pelayaran dan tenpin boling selaku juara bertahan.

Pelbagai masalah terpaksa dihadapi atas faktor lokasi, maka pengurusan kontinjen terpaksa dipecahkan kepada tiga kluster utama. Pengurusan temasya juga lemah dan tidak teratur menyebabkan banyak maklumat tidak diperoleh dan diselaraskan.

Pertukaran banyak jadual pertandingan dan penangguhan jadual penerbangan akibat Taufan Kammuri yang melanda Filipina sebelum ini menyebabkan tumpuan para atlet terjejas.

Harus diberi perhatian serius

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan iaitu Steven Sim menyifatkan kegagalan itu sebagai mengejutkan daripada lena (wake up call) harus diberi perhatian serius oleh semua pihak terlibat.

Saya tidak mahu buat analisa awal sebelum kami buat post mortem secara terperinci. Saya rasa lebih baik kita duduk dan bincang dengan lebih terperinci apa faktor-faktor yang menjurus kepada kita tidak mencapai sasaran kita.

Tapi hakikatnya ialah sejak Sukan SEA 2007 di Nakhon Ratchasima, prestasi kita memang dalam trend yang menurun. Di Sukan SEA 2007 kita ada 68 emas dengan 216 pingat secara keseluruhannya dan sejak dari itu memang dalam trend menurun.

Tak guna tunding jari

Steven Sim turut mengakui mempunyai kelemahan dari aspek penjurian dan tidak wajar untuk meletakkan punca kegagalan sepenuhnya kepada skuad negara.

Misi ke Sukan SEA merupakan misi bersama semua pihak sama ada MSN, KBS , persatuan sukan, atlet, pegawai dan jurulatih, jadi kalah dan menang kita galas tanggungjwab itu bersama-sama. Tidak guna kita tuding jari pada sesiapa pun.

Kita perlu lihat ke depan, bagaimana kita dapat merapatkan jurang yang kita sudah nampak menurun sejak 2007 lagi dari segi prestasi kita di Sukan SEA dan bagaimana kita hendak bangkit dalam sektor ini.

Kedudukan pingat

Sumber: Malaysia Kini, TV3

SKIP THIS AD ×