Pelakon, Syanie Hisham, selamat bergelar isteri kepada pasangan pilihannya, Zahril Hafiz Mohammed Nor, pagi tadi. Perkongsian tersebut dikongsikan oleh Syanie sendiri di akaun Instagramnya. Tahniah!
Doakan yang terbaik
Menerusi Instagram Story Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham, dia telah memuat naik beberapa foto sebelum dan selepas majlis akad nikah berlangsung. Menurut Syanie, dia bersyukur segala urusan mereka telah dipermudahkan dan dia turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan.
Alhamdulillah dan selamat diijabkabulkan. Terima kasih semua atas doa kalian.
Menerusi tinjauan di Instagram, suami Syanie dipercayai seorang perancang kewangan. Terdahulu, Syanie pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali iaitu dengan Mohd. Attirmidi Abdul dan Nadi Putera Mohammad Zainol. Namun, kedua-dua rumah tangga tersebut tidak berjaya diselamatkan dan mereka memilih jalan untuk berpisah.
Sumber: Syanie Hisham