berita

Gagal Elak Kereta Keluar Simpang, Penunggang Ducati Panigale Maut Di Tempat Kejadian

June 24th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Seorang peniaga yang menunggang motosikal kuasa besar disahkan maut selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta.

Artikel Berkaitan: Penunggang Motosikal Lawan Arus Sudah Serah Diri, Sesat Punca Masuk Jejambat Lebuhraya SUKE

Artikel Berkaitan: ‘Saya Nak Dengar Daripada Mulut Dia Sendiri Kenapa Dia Lawan Arus’ – Anak Mangsa Nahas SUKE

Gagal elak kereta keluar simpang

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, mangsa yang dikenali sebagai Khairul Azhan Mohd Naim, 31, disahkan maut di tempat kejadian.

Hasil siasatan mendapati kemalangan yang melibatkan motosikal berkuasa tinggi Ducati Panigale V4 S itu difahamkan berlaku disebabkan oleh mangsa yang gagal mengelak kenderaan tersebut yang dipercayai mahu keluar simpang.

Siasatan awal mendapati penunggang motosikal dari arah bandar Kuantan menghala ke Pekan.

Apabila tiba di tempat kejadian, Perodua Myvi dipandu seorang wanita dipercayai keluar simpang kiri secara mengejut menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian pintu kanan hadapan kereta itu.

Akibat itu, penunggang motosikal itu maut di tempat kejadian, manakala pemandu kereta wanita berusia 27 tahun mengalami kecederaan pada rusuk kanan.

Kes kini akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, kemalangan yang melibatkan mangsa ini tular dan menjadi bualan ramai di media sosial.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×