Foto: Rappler
Penganjuran pertandingan ratu cantik Miss Grand Samut Sakhon yang berlangsung di Thailand sebelum ini, mengundang ‘padah’ apabila wujudnya kluster baharu Covid-19 di negara berkenaan.
Artikel Berkaitan: ‘Apa Salah Saya?’ – Miss Universe Malaysia Kecewa Dilabel Model Bogel
Artikel Berkaitan: Kudung Kedua-Dua Tangan & Sebelah Kaki, Gadis Ini Tetap Yakin Sertai Pertandingan Ratu Cantik
Artikel Berkaitan: Miss Universe Malaysia Bawa Rumah Kampung Naik Pentas, Terima Pujian Netizen
Cetus kluster Covid-19
Foto: Bangkok Post
Menerusi laporan yang dipetik daripada Bangkok Post, pertandingan tersebut berlangsung pada akhir Jun yang lalu. Difahamkan, majlis tersebut telah mendapat kebenaran bagaimanapun, pihak pengurusan perlu patuh akan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Apa yang lebih mengejutkan, apabila seramai 22 orang disahkan positif Covid-19 yang terdiri daripada 13 orang peserta dan sembilan orang yang lain. Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh pihak pengurusan dan para peserta adalah memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal antara satu sama lain.
Gagal patuh SOP
Foto: Suara
Ujar wakil Polis, Pol Maj Gen Piya Tawichai menerusi satu sidang media tempatan menjelaskan rata-rata mereka yang hadir gagal untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Ada banyak pihak yang terlibat dalam pertandingan ini. Malah tetamu yang datang ke pertandingan kecantikan ini juga tidak memakai pelitup muka dan melanggar SOP yang lainnya.
Sebelum itu, tular beberapa keping gambar di media sosial yang menunjukkan kegagalan para peserta yang tidak memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal antara satu sama lain. Susulan daripada itu, pihak polis sedang menyiasat dan telah membuka kertas siasatan berhubung pelanggaran SOP semasa majlis itu berlangsung.
Sumber: Bangkok Post