berita

Gagal Pikat Isteri Orang, Lelaki Tendang Muka Wanita

April 14th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Seorang lelaki di Thailand bertindak menyerang enam individu kerana gagal memikat seorang wanita yang bergelar ‘isteri’.

Artikel Berkaitan: ‘Mengorat’ Isteri Orang Untuk Lakukan Hubungan Seks, Bekas Pegawai Tentera Didenda

Artikel Berkaitan: Ramai Lelaki Bujang Mengorat Tapi Suami Orang Juga Kau Rembat – ‘Mereka Kahwin Dalam Tempoh Idah’

Tendang di muka

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan The Thaiger, mangsa, Adisek Wiatesing dan isterinya, Sukanya Thaweechokkamthorn berada di sebuah bar di wilayah tengah Kanchanaburi bersama empat rakan yang lain.

Mangsa memberitahu bahawa isterinya diganggu ketika sedang menunggu di hadapan tandas.

Semasa Sukanya menunggu seorang diri, ada individu yang menghampiri dan meminta akaun LINE isteri saya. Walau bagaimanapun, Sukanya menolak.

Suspek yang dikenali sebagai Pae itu dimaklumkan sendiri oleh mangsa selepas selesai menggunakan tandas bahawa Sukanya dan dia merupakan suami isteri.

Namun, kepulangan mereka ke meja diikuti Pae selain memintas kenderaan dinaiki sebelum menyerang mereka.

Tambah Adisek, suspek bertindak menendang muka isterinya dan hal itu membuatkan dirinya sangat marah dengan tindakan sebegitu ke atas seorang wanita.

Walau bagaimanapun, suspek diarahkan ke balai polis pada 18 April depan untuk siasatan lanjut.

Sumber: The Thaiger

SKIP THIS AD ×