Seorang bekas pegawai tentera telah didenda sebanyak RM6000 oleh Mahkamah Majistret akibat memikat dan mahu bersetubuh dengan isteri orang.
Artikel Berkaitan: Bunuh Bayi Zara Dengan Kejam, Suami Pengasuh Akhirnya Ke Tali Gantung
Artikel Berkaitan: Bertukar-Tukar Gambar Kemaluan Dengan Budak Perempuan 9 Tahun, Atuk Ini Dijatuhi Hukuman Penjara
Terima hukuman
Gambar sekadar hiasan
Tertuduh Azmi Ali mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan dijatuhkan hukuman oleh Majistret Zhafran Rahim Hamzah. Berdasarkan pertuduhan, bekas tentera berusia 48 tahun itu didakwa dengan niat jenayah memikat wanita yang sudah bersuami dan supaya wanita tersebut melakukan persetubuhan dengannya di sebuah rumah di kawasan Bandar Putra Permai, Seri Kembangan pada tahun 2016.
Jika disabitkan kesalahan, mengikut Syeksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Majistret juga memerintahkan tertuduh dihukum penjara selama lima bulan andai dia gagal membayar denda tersebut.
Peguam yang mewakili tertuduh telah memohon bayaran denda minimum kerana anak guamannya adalah pesalah pertama, sudah mengaku bersalah dan menyesal dengan perbuatannya itu.
Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md Kamal meminta agar hukuman diberikan setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh.
Pengadu terkesan
Gambar sekadar hiasan
Dalam pada itu, akibat daripada kejadian ini rumah tangga wanita berkenaan mengalami masalah dan hubungan keluarga juga turut terjejas sehingga terpaksa pulang ke kampungnya di Terengganu selepas perniagaanya gulung tikar.
Rentetan kes ini, telah menyebabkan dia mengalami kemurungan dan perlu menerima rawatan serta kaunseling di klinik kesihatan.
Sumber: Harian Metro