berita

Gaji Cecah RM20k Sebulan, 3 Belia Buktikan Mampu Berjaya Walau Gagal SPM

October 21st, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Tidak dinafikan, keputusan cemerlang dalam peperikasaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan tiket untuk para remaja menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi. Bagi yang tidak layak, kursus kemahiran menjadi pilihan.

Seperti kisah tiga lelaki ini, walaupun tidak mendapat keputusan yang cemerlang semasa SPM, mereka bertiga kini mampu tersenyum melihat slip penyata gaji yang mampu memperoleh hampir RM20k setiap bulan.

Lepasan ABM

Tiga pemuda yang dikenali sebagai Muhamad Badiuzaman Ya abu Bakar, Mohd Faizal Ismail, dan Muhamamd Qamarul Auji Amran bijak mengambil peluang apabila mereka berjaya dalam bidang masing-masing.

Mereka merupakan pelatih kemahiran dalam bidang kimpalan dan jururegah yang kini mampu menjana pendapatan lumayan antara RM15,000 hingga RM19,000 sebulan sekaligus dilantik sebagai ikon Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Permulaan gaji RM1400

Menurut Muhammad Badiuzaman berasal dari Kampung Ibok, Kemaman mengikuti jejak langkah abangnya, Muhamad Hasbiallah yang bekerja sebagai jurukimpal.

Saya sekolah fail (gagal), abang tanya kamu tak nak duit banyak ke sambil dia tunjuk wang gaji yang dibayar tunai. Kata-kata abang menyedarkan saya lalu ambil keputusan belajar kemahiran.

Masa mula-mula kerja gaji saya hanya RM1,400. Tahun 2010, saya diberi kepercayaan jadi jurukimpal di laut syarikat swasta dengan pendapatan mencecah RM19,000 sebulan.

Sejak tiga tahun lalu, dia berkhidmat sebagai jurukimpal pelantar minyak sebuah syarikat milik Amerika Syarikat di Arab Saudi. Sebelum Arab Saudi, dia juga pernah merasai pengalaman berkhidmat di negara China, Hong Kong, Myanmar, Amerika Syarikat, Dubai.

Menubuhkan syarikat kimpalan sendiri

Dalam pada itu, Muhammad Qamarul Auji, dari Kuala Terengganu pula menggaji lebih 80 pekerja yang majoritinya lepasan bidang kemahiran selepas berjaya menubuhkan syarikat kimpalan, perpaipan dan fabrikasi di Kemaman.

Keputusan SPM memang saya tidak layak masuk universiti. Biasalah, ada juga rakan yang mengejek saya kerana keputusan SPM teruk tetapi saya tidak marah kerana saya sendiri yang tidak mahu belajar.

Sampai satu tahap, saya rasa ingin memajukan diri sendiri jadi saya pun mula mencari jalan dan melakukan pencarian di internet sehinggalah saya terjumpa maklumat untuk menyambung pelajaran.

Menurutnya, dia mengambil keputusan membuka syarikat sendiri pada tahun 2014 selepas berjaya mengumpul modal secukupnya. Sebelum ini, dia bekerja makan gaji selama lapan tahun sebagai jururegah dengan gaji permulaan RM1,200 sebulan.

Bekerja di Arab Saudi

Sementara itu, menurut Mohd Faizal bidang kemahiran banyak membuka dimensi baharu kepadanya selepas gagal meraih keputusan cemerlang dalam pelajaran. Dia kini bekerja di Arab Saudi dan memperolehi pendapatan lumayan sebanyak RM20,00.

Saya tidak sangka, keputusan saya mengubah hidup saya dan anak-anak muda yang tidak memperoleh keputusan baik dalam pendidikan harus mengambil peluang ceburkan diri dalam bidang kemahiran.

Lebih membanggakan, dia mampu menghantar ibunya menunaikan ibadah haji dan umrah selain membeli aset dengan tunai dengan hasil pendapatannya sendiri.

Sumber : Sinar Harian, Bernama

SKIP THIS AD ×