berita

Gaji RM2000 Wajib Bayar PTPTN – Timbalan Menteri Pendidikan

November 27th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Pada Belanjawan 2019 lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan akan melaksanakan potongan gaji berjadual kepada peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan. Walaubagaimanapun, pengumuman itu mendapat bantahan ramai terutama persatuan perwakilan pelajar dan penuntut universiti yang mendesak syarat itu dikaji semula.

Terbaru, Kabinet pada mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan potongan gaji bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibuat sebaik gaji peminjam mencecah RM2,000 sebulan.

Potongan gaji pada kadar 2%

Menerusi laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, sebaik gaji mereka mencecah RM2,000, kabinet memutuskan potongan gaji ke atas peminjam PTPTN pada kadar dua peratus atau RM40.

Potongan akan meningkat secara progresif sehingga 15 peratus mengikut jumlah gaji peminjam.

Menjawab mengenai pengecualian bayar balik bagi pelajar cemerlang

Beliau berkata, seramai 53,113 peminjam diluluskan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kerana memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

Kita belum bercadang memanjangkan pengecualian itu kepada peminjam yang mengikut kursus secara separuh masa.

Mengenai janji manifesto bayaran balik sehingga gaji graduan mencapai RM4,000, Nie Ching berkata, kerajaan akan menimbangkan semula perkara itu apabila kedudukan kewangan negara mengizinkan.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×