Tindakan aktres antarabangsa, Gal Gadot yang memuat naik gambar lambang negara Israel di Instagram miliknya telah mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Rasa Okay Je’ – Meerqeen Jawab Isu Bergambar Dengan Gal Gadot
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Bergambar Dengan Zionis?’ – Netizen Kecam Zahirah Macwilson Bersama Gal Gadot
Ungkit kisah Meerqeen?
Pada hantaran tersebut, Gal Gadot menyatakan dirinya menyokong dan berpihak kepada Israel.
Saya berdiri dengan Israel anda juga sepatutnya. Dunia tidak boleh duduk di atas pagar (berdiam) apabila tindakan keganasan yang mengerikan ini berlaku!
Susulan kenyataan tersebut, tular kembali video aktor tampan Meerqeen di laman X yang ditemu bual oleh pengamal media berhubung tindakannya bergambar dengan aktres kelahiran Israel itu.
Meerqeen atau nama penuhnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam menegaskan, dia bergambar bersama pelakon filem Wonder Woman itu atas dasar portfolio mereka berdua sebagai pelakon.
Dalam temu bual sama, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu turut menegaskan tindakannya bergambar bersama bukan bermakna dia menyokong ideologi aktres terbabit iaitu pro-Israel.
Cancel Meerqeen?
Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan serta kenyataan yang dikeluarkan aktor berusia 22 tahun itu.
Dalam masa sama, netizen berpendapat sebagai orang Islam, seharusnya menolak sekeras-kerasnya apa sahaja perkara yang mempunyai hubungkait dengan Israel.
Malah, ada juga segelintir netizen yang meluahkan rasa kecewa dan mula menyatakan mereka mahu berhenti menyokong Meerqeen.
Pada 28 April lalu, Meerqeen dikecam dan dilabel sebagai tidak sensitif selepas memuat naik foto bersama Gal Gadot di sebuah acara perasmian kedai barangan kemas berjenama mewah di New York.
Selain Meerqeen, aktres, Zahirah MacWilson yang menghadiri acara sama dan turut bergambar dengan Gal Gadot juga menerima kecaman daripada netizen.
Sumber: X