berita

Gali Lebih Daripada 600 Kubur, Ini Cara Ukraine ‘Warning’ Rakyat Bahaya Covid-19

April 11th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Pihak berkuasa tempatan Dnipro di Ukraine telah menggali lebih daripada 600 kubur sebagai langkah persediaan awal bagi menangani wabak maut yang telah melanda seluruh dunia.

Gali lebih daripada 600 kubur

Datuk Bandar Borys Filatov yang juga merupakan seorang ahli perniagaan ternama sebelum ini menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya berkata, inisiatifnya adalah sebagai peringatan kepada penduduk berhubung penularan wabak maut terbabit.

Walaupun bandar itu pada ketika ini hanya mempunyai 13 kes sahaja tetapi Borys Filatov percaya persediaan awal adalah sangat penting lebih-lebih lagi jika jumlah kematian meningkat.

Kepada mereka yang masih tidak faham, kami sedang membuat persediaan awal untuk menghadapi perkara buruk akan datang.

Denda penduduk tak patuhi arahan

Susulan itu, MBC News turut melaporkan bahawa 615 kubur telah digali dan sebanyak 2000 beg mayat juga telah disediakan untuk menampung mayat mangsa yang dijangkiti wabak maut itu. Bukan itu sahaja, pihaknya juga turut menyediakan 1000 beg plastik tebal untuk menyimpan mayat.

Dalam pada itu, Borys juga turut menasihati dan menggesa seluruh penduduk untuk mematuhi segala arahan yang dikeluarkan termasuklah peraturan pengasingan rumah yang masih diabaikan oleh mereka. Dia juga bercadang untuk mengenakan denda sebanyak 17,000 hryvnia bersamaan RM2700 kepada penduduk yang tidak mematuhi perintah tersebut.

Sumber: Borys Filatov, MBC News

SKIP THIS AD ×