Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap pengacara, Azwan Ali atau lebih mesra disapa Diva AA yang dilihat terus-menerus melakukan provokasi terhadapnya.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Macam Balas Dendam’ – Azwan Ali Sebak Rambut Ditarik Bagai Nak Gila, Nekad Mahu Saman Malu Aliff Syukri RM100 Juta
Bakar gambar Aliff Syukri
View this post on Instagram
Menerusi Instagram (IG), usahawan berusia 36 tahun itu memuat naik video yang memaparkan Diva AA membakar gambar dirinya sambil mengugut mahu ‘menyihir’ dirinya.
Hey sepudal tersi*l, sihirkan sepudah tersi*l. Sihirkan, sihirkan hahahha.
Kena sihir, kena bakar dengan aku. Itu je lah cara nak ajar kau. Tapi RM100 juta tetap (proceed).
Bakar lagi, hangus tak muka dia?
Menurut Aliff, tindakan yang dibuat Diva AA itu disifatkan sebagai keterlaluan dan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pengacara berusia 57 tahun tersebut.
This is too much, Azwan banyak saya bersabar. Kawan saya berikan video ini sebagai bukti.
This is not funny b*tch. Tunggu lawyer saya bertindak.
Di akhir hantarannya itu, bapa kepada lima orang anak itu memaklumkan bahawa apa yang diperkatakan terhadap dirinya adalah fitnah semata-mata dan meminta wargamaya untuk menilai sendiri tindakan yang dilakukan Diva AA.
Apa yang diperkatakan terhadap saya itu adalah fitnah semata-mata.
Anda boleh nilai sendiri tindakan dia, saya malas nak membalas ataupun respon kepada mana-mana pihak.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta agar Aliff dan Diva AA meminta untuk menghormati kejadian yang menimpa saudara Islam di Palestin dan berhenti daripada terus melakukan marketing sebegini rupa.
Namun begitu, Aliff dilihat menyangkal dakwaan wargamaya dan menafikan video yang dimuat naiknya itu merupakan salah satu cara marketing untuk produknya.
Dalam pada itu, ada juga yang menasihatkan Diva AA untuk bertaubat dari terus menunjukkan sikap sebegitu di media sosial.
Sumber: Instagram