berita

‘Gambar Macam Santai Je’ – Polis Siasat Aktiviti Neelofa Ketika Rentas Negeri

April 4th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kemesraan di antara Neelofa dan PU Riz di Langkawi baru-baru ini ternyata menjadi perhatian netizen. Neelofa menerusi InstaStory miliknya, berkongsi beberapa video menunjukkan dia dan suami tercinta, sedang menaiki kereta kabel di pulau peranginan itu.

Artikel berkaitan:‘Bertepuk Tampar’ Dalam Kereta Kabel, Pegang Tangan Tak Lepas, Sweetnya Pengantin Baru!

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, pihak polis akan memanggil pasangan tersebut bagi memberi keterangan berhubung dakwaan yang masih viral itu.

Bukti video gambar

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, pasangan tersebut bakal dipanggil kerana video dan gambar yang dimuat naik di media sosial didapati melanggar SOP.

Kita sedang tangani kes ini selepas ada gambar aktiviti dan kehadiran beliau (Neelofa) bersama suami (di Langkawi) telah melanggar SOP yang ditetapkan. Kita akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Seksyen K9 Langkawi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mereka kena jawab, tapi gambar itu macam aktiviti santai-santai sahaja jelas ia tidak boleh dilakukan dan telah melanggar SOP. Sebabnya dia datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ujar Abdul Hamid lagi, pegawai penyiasat akan mengenal pasti adakah gambar aktiviti yang dimuat naik itu sebahagian daripada kegiatan perniagaannya. Tambah beliau, pihaknya juga akan memanggil saksi yang boleh membantu melengkapkan siasatan kes itu secepat mungkin.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×