Setelah tiga tahun berkenalan, seorang gadis akhirnya menjadi tunangan kepada pilihan hati yang merupakan warga Perancis. Walaupun jarak memisahkan mereka, majlis pertunangan tetap berjalan dengan lancar hanya menggunakan panggilan video sahaja.
Namun, kebahagiaan cuma sementara, gadis ini memaklumkan bapanya telah meninggal dunia.
Tunang video call
Me trying to explain how Malay engagement works pic.twitter.com/06S8GnFa58
— AFA (@AfarizaHanim) August 11, 2020
Menurut Afariza Hanim, tunang sepatutnya ada bersama ketika majlis tersebut namun penerbangan ditunda menyebabkan mereka meneruskan pertunangan melalui video call.
Turut dimuat naik beberapa keping gambar sekitar majlis menunjukkan gadis ini diapit ibu bapa ketika majlis berlangsung. Mereka kelihatan berseri-seri dan gembira sekali.
Gambar terakhir bersama ayah
Namun, gadis ini tidak menyangka itu adalah foto terakhir bersama bapanya. Memohon doa daripada orang ramai, gadis ini berharap bapa tenang di sana.
Baru tengok gambar tunang
Sumber : Afariza Hanim