berita

‘Gambar & Tulisan Asal Bukan Dari Penulisan Saya’ – Pekerja Ibu Neelofa

May 31st, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila akaun Instagram ibu kepada Neelofa iaitu Noor Kartini didakwa memuat naik sebuah posting mempertikaikan sistem perlembagaan di Malaysia. Namun, Noor Kartini menafikan perkara tersebut dan mendakwa ianya telah dilaukan oleh salah seorang pekerjanya.

Artikel berkaitan: ‘Saya Tak Ada Niat Nak Susahkan Datin’ – Pekerja Mak Neelofa Mohon Maaf Kes IG Story

Artikel Berkaitan: Persoal Kuasa Sultan Johor, Mak Neelofa Dakwa Pengurus Media Sosial Yang ‘Update’ IG Story

Terbaru, individu berkenaan dikenali sebagai Zulshafiqah Zulkafli tampil memohon maaf dan mengaku bertanggungjawab terhadap kekecohan yang telah berlaku.

Surat penyataan permohonan maaf

Penyataan permohonan maaf itu telah dimuat naik menerusi akaun Instagramnya bertujuan untuk rujukan umum. Bagaimanapun, dia telah ke balai polis bagi memberi kenyataan dan kerjasama sepenuhnya berhubung siasatan isu yang tular itu.

Difahamkan, Zulshafiqah Zulkafli juga merupakan salah seorang staf kepada Noor Kartini yang bertanggungjawab mengawal posting di akaun Instagram ibu kepada Neelofa itu.

Dengan ini saya Zulshafiqah Zulkafli, Pengurus Media Sosial bagi akaun Instagram Datin Noor Kartini Noor Mohamed menyatakan permohonan maaf saya kepada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan seluruh Kerabat seluruh kerabat diRaja Johor. Datin Noor Kartini Noor Mohamed dan sekeluarga.

Saya secara jujur ingin menjelaskan keadaan sebenar yang telah berlaku. Saya merupakan Pengurus Media Sosial akaun Instagram Datin Noor Kartini telah tersilap memuat naik tangkap layar. Tangkap layar tersebut adalah bertujuan untuk rujukan saya sahaja, tiada sebarang niat untuk dimuat naik di Instagram Datin Noor Kartini mahupun Instagram peribadi saya.

Saya juga mahu menjelaskan, gambar dna tulisan asal yang dipaparkan adalah bukan dari penulisan saya mahupun Datin Noor Kartini sendiri.

Saya juga dengan rendah diri memohon maaf kepada Datin Noor Kartini Noor Mohamed serta keluarga di atas kecuaian saya yang telah menimbulkan masalah kepada Datin Noor Kartini sekeluarga. Dengan ini saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan dan sekali lagi memohon maaf atas keralatan dan kesilapan yang berlaku.

Tidak akan ulangi kesilapan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyka (@zulshafiqah)

Sumber: Eyka

SKIP THIS AD ×