Pengguna media sosial terutama pengikut Instagram ibu Neelofa, Noor Kartini hari ini terkejut apabila melihat Instagram Story wanita itu yang didakwa mempersoalkan sistem perlembagaan di Malaysia dengan melibatkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Instagram Story itu bagaimanapun telah dipadam beberapa minit kemudian. Terbaru, Noor Kartini memberitahu perkara tersebut dilakukan oleh salah seorang pekerjanya.
Ada akses Instagram
Menerusi satu kenyataan yang dibuat oleh Noor Kartini, pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja telah memuat naik instastory tanpa sedar menggunakan akaun dirinya.
Perkara tersebut berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses kepada sosial media (Instagram) saya.
Noor Kartini juga dikatakan telah hadir ke pejabat polis untuk membuat laporan berhubung perkara ini.
Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.
Sumber: Noor Kartini