Ibu Neelofa, Noor Kartini telah hadir ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada petang Ahad selepas tersebar tangkap layar hantaran yang dipercayai dibuat oleh salah seorang pekerjanya menggunakan akaun peribadi Instagram Noor Kartini.
Artikel Berkaitan: Persoal Kuasa Sultan Johor, Mak Neelofa Dakwa Pengurus Media Sosial Yang ‘Update’ IG Story
Mohon maaf salah post
Tambah Noor Kartini, dia sama sekali tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak (admin) untuk mengeluarkan sebarang hantaran atau kenyataan berbaur politik, menghina atau memprovokasi Institusi Raja-Raja Melayu.
Terbaru, Noor Kartini berkongsi perbualan whatsapp dipercayai bersama pekerja yang telah melakukan kesalahan itu. Walaupun pekerjanya itu berulang kali memohon maaf, hantaran itu sama sekali telah mencemarkan nama baik Noor Kartini memandangkan ianya dimuatnaik di Instagram miliknya.
Ya Datin, saya minta maaf. Saya langsung tak ada niat nak susahkan Datin dan keluarga Datin. Saya akan clearkan (selesaikan) perkara ini dan saya akan terima apa sahaja keputusan Datin.
Sementara itu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim menerusi akaun Instagram beliau pada Ahad memuatnaik satu hantaran berkenaan adab. Hantaran tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan tangkap layar Instagram Story Noor Kartini.
Beberapa siri hantaran mengenai isu ini juga telah dimuatnaik di Instagram Story beliau namun dipercayai telah dipadam beberapa minit kemudian.