berita

Gambar YDP Agong Disunting & Dimuat Naik Di IG, Raja Permaisuri Harap Tindakan Segera Diambil

December 31st, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Perkembangan teknologi maklumat terutamanya media sosial dilihat semakin berleluasa dan menjadi tumpuan orang ramai tanpa mengira peringkat umur. Walaupun begitu, ada segelintir individu telah menyalahgunakan media sosial untuk mengaibkan atau memalukan sesetengah pihak.

Terbaru, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ada memuatnaik beberapa foto suaminya, Yang di-Pertuan Agong yang telah disunting individu tidak bertanggungjawab.

Edit gambar Yang di-Pertuan Agong

If u can’t beat them, join them. Showed the posts to my husband and told him “u look so cute and sexy!”. Gara-gara orang tak ada kerja, buat cari dosa je kan! kepada allah berserah! SILA AMBIL TINDAKAN.

Menerusi perkongsian di Instgaram Airtangan_tunkuazizah, Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak menghormati serta menjaga sensitiviti orang lain.

Malah ada individu tergamak menyunting gambar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menjadikannya sebagai bahan jenaka di media sosial.

Edit gambar jadi bahan jenaka

Gambar tersebut telah dimuatnaik di Instagram bukan_bangjago sebelum dikongsikan semula oleh Raja Permaisuri Agong di Instagram miliknya. Malah terdapat banyak lagi gambar-gambar tidak senonoh telah dimuatnaik di Instagram individu tidak bertanggungjawab itu.

Individu berkenaan telah menyunting gambar dengan meletakkan wajah Yang di-Pertuan Agong pada logo makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC). Tidak cukup dengan itu, perkataan kesat turut diletakkan pada logo tersebut.

‘Kurang ajar betul’

Sumber: Airtangan_tunkuazizah

SKIP THIS AD ×