berita

Gamers, Rasai Permainan Bak Profesional Dengan 2020 Smart Life Package Bermula RM8.97 Sehari!

December 17th, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Korang seorang gamers tegar? Tiap-tiap malam kena berkumpul kat mamak ranked Mobile Legends ataupun celik je mata dah kena layan PUBG? Boleh kata dalam 24 jam tu memang masa korang banyak habis kat game je. Kalau ya, artikel ni memang untuk korang!

Kalau macam tu, mesti korang boleh relate bila tengah best ranked, boleh pulak fon lagging, battery low, skrin kecik sangat dan wifi disconnected. Aduh, spoil betul! Haa..ni HUAWEI perkenalkan HUAWEI 2020 Smart Life Package yang hadir dengan 3 peranti Smart Life untuk pengalaman permainan yang lebih menakjubkan dan meriah!

Yang lebih menarik, dengan bayaran serendah RM25.96 sehari, korang kini boleh bermain game bak profesional tapi dengan harga mampu milik!  Nak tahu apakah peranti-peranti tersebut? Jom kami kongsikan!

HUAWEI Mate 30 Pro – Reka bentuk melengkung seakan-akan game console 

Kalau korang nak tahu, ramai orang syorkan HUAWEI Mate 30 Pro ni untuk gamers disebabkan oleh rekabentuk skrinnya yang melengkung dan dimuatkan dengan butang L dan R di sisinya. Sebijik macam game console. Mudahlah untuk korang main game lepas ni!

Yang lagi hebat, HUAWEI Mate 30 Pro juga berkebolehan untuk merakam video pada resolusi 4K 60FPS dan merakam video gerak perlahan 7680 FPS pada resolusi 720P. Manakala, kamera utama Mate 30 juga mempunyai gabungan lensa 40MP (sudut lebar) + 16MP (ultra sudut lebar) + 8MP (telefoto zum 3x) dan kamera swafoto pula adalah 24MP. Canggih!

FreeBuds 3 – Untuk pengalaman bunyi yang real!

Bila main game, yang penting sekali mestilah fon telinga. Lagi mudah kalau guna fon telinga tanpa wayar FreeBuds 3. Ciri paling menarik pada HUAWEI Freebuds 3 adalah sokongan untuk pembatalan bunyi aktif. Ini bagi menghilangkan bunyi latar dan pada masa yang sama meningkatkan output suara ketika panggilan. Oh ya, HUAWEI Freebuds 3 ni juga mempunyai fungsi ‘reverse charging‘ dengan Mate 30 Pro korang tau!

Ia juga didatangkan dengan sokongan isyarat sentuhan, sambungan dual-mode Bluetooth 5.1 dan sensor suara terbina. Freebuds 3 juga menggunakan cip Kirin A1 dan menjadi earbuds pertama di dunia hadir dengan sokongan sambungan dual mode Bluetooth 5.1 (Bluetooth Low Energy).

Lebih canggih apabila ia digabungkan dengan dua saluran unik supaya pengguna tidak merasa kelewatan bunyi apabila menggunakannya. Memang betul-betul memberikan pengalaman bunyi yang selari dan real! Dah takde dah masalah bunyi lagging masa tengah main game tu.

Dari segi ketahanan bateri pulak, kalau dicas penuh ia mampu bertahan sehingga 2 jam setengah panggilan dan mencapai jumlah panggilan selama 12 jam apbila dicas secara berulang kali. Wow!

HUAWEI MateBook 13 untuk kepuasan bermain game lebih maksima!

Image result for matebook 13

Tak puas main game dekat fon sebab skrin kecil? Haa..lengkap dengan fungsi “One Touch”, HUAWEI MateBook 13 ni membolehkan korang connect terus dengan HUAWEI Mate 30 Pro korang dengan hanya 1 tap sahaja! Tap je logo ”One Touch” dan ia akan disambungkan secara automatik.

Gerenti lagi puas bila dapat main game di skrin yang lebih besar, nak streaming pun lagi senang!!!

Oh ya, dengan HUAWEI MateBook 13 ni, korang tak perlu risau kalau laptop korang panas bila main game berjam-jam. Ini kerana ia dilengkapi sistem kipas “shark fin fan” versi 2.0 yang dapat membuang haba dengan lebih berkesan dan berkesan, menyokong paip dwi-haba dan mempunyai ruangan udara yang lebih besar. Hah, lepas ni mainlah game sampai lebam!

Internet lebih stabil dengan HUAWEI WiFi Q2 Pro!

Huawei Wifi Q2

Pernah tak bila tengah ranked atau nak shoot musuh, tiba-tiba game korang lag sebab internet disconnected. Arghh..boleh bergaduh satu team weh! Haa..meh kami nak perkenalkan HUAWEI WiFi Q2 Pro yang menjamin kelajuan internet yang lebih pantas dan stabil.

Menariknya, ia tidak memerlukan kabel network, tetapi korang hanya perlu sambungkan HUAWEI WiFi Q2 Pro ini dengan komputer serta router utama dan ia akan dihidupkan secara automatik. Hebat kan!

HUAWEI nova 5T – Smartphone wajib dimiliki!

Bagi korang yang asyik stress main game sebab smartphone kejap-kejap stuck, bertukarlah kepada HUAWEI nova 5T. Ia dilengkapi GPU Turbo 3.0 generasi baru yang memperbaiki prestasi CPU dan GPU secara drastik dan disokong chipset Kirin 980 yang merevolusikan pengalaman bermain game yang lebih hebat untuk kebanyakan game popular di seluruh dunia.

HUAWEI nova 5T turut dilengkapi 5 kamera AI iaitu 16 MP Ultra Wide Angle, 48 MP kamera utama SONY 1/2? sensor, 2 MP Depth Assist dan 2 MP Macro serta 32 MP kamera selfie yang disertakan 3D Portrait Lighting! Malah, untuk gambar yang lebih cantik pada waktu malam, HUAWEI nova 5T turut dilengkapi AIS Super Night Mode yang memberikan suntingan gambar terbaik biarpun gambar yang korang ambil kurang sumber pencahayaan.

Selain itu, HUAWEI nova 5T disertakan bateri berkapasiti 3,750 mAh yang menyokong penggunaan smartphone sepanjang hari. Jadi, tak adalah korang merungut kalau tengah main game keluar notification “battery low” lagi lepas ni!

Jom dapatkan kesemua peranti Smart Life hari ini juga!

Apa lagi yang korang tunggu? Jom jadikan gaya hidup korang lebih teratur dan pintar dengan bantuan teknologi terbaik daripada peranti HUAWEI. Sekarang, dengan pelan ansuran HUAWEI 2020 Smart Life Package, korang boleh dapatkan semua peranti ni dengan harga bermula RM8.97 sehari!

Ada banyak lagi pakej menarik yang korang boleh nikmati dengan HUAWEI 2020 Smart Life Package. Kalau nak tahu lebih lagi, klik sini.

Gaya hidup pintar bermula dari korang dan HUAWEI! Untuk maklumat lanjut, layari laman web HUAWEI hari ini juga!

SKIP THIS AD ×