berita

Gamuda Land Meriahkan STARS OF EID LIVE CONCERT Dengan 4 Konsert Istimewa – Ada Ella, Faizal Tahir & Ramai Lagi!

April 17th, 2023 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Syawal nanti selain sibuk dengan rumah terbuka, apa kata korang luangkan sedikit masa untuk ke empat STARS OF EID LIVE Konsert yang dianjurkan oleh Gamuda Land. Dengarnya ada banyak nama-nama hebat akan perform nanti tau!

Rugi sangat kalau korang tak singgah ke keempat-empat konsert ni sebab ianya adalah percuma untuk semua dan paling best korang akan dihiburkan dengan persembahan dari ratu rock Malaysia!

Selain Ella & Faizal Tahir, Ada Dayang Nurfaizah, Ning Baizura dan Shiha Zikir

Gamuda Land berbesar hati untuk menjemput orang ramai bagi memeriahkan empat konsert istimewa yang diadakan di empat perbandaran Gamuda Land yang berlainan pada empat tarikh berbeza.

Korang kena pastikan korang free pada semua tarikh di bawah tau, kalau tak… Melepaslah nak tengok persembahan artis kesayangan korang!

Gamuda Cove, 6 Mei, 5 petang sehingga 9 malam – Dayang Nurfaizah

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan Dayang Nurfaizah pada 6 Mei di Gamuda Cove! Orang ramai juga berpeluang untuk beramah mesra bersama barisan penyampai radio HotFM.

Konsert tu konsert juga, tapi jangan lupa makan tau sebab ada pelbagai jenis hidangan raya disediakan secara percuma untuk korang di samping cabutan bertuah, permainan istimewa dan tawaran eksklusif untuk ke taman tema air tropika pertama Malaysia, SplashMania.

Gamuda Gardens, 14 Mei, 12 tengah hari sehingga 9 malam – Faizal Tahir & Shiha Zikir

Minggu berikutnya pula jom beramai-ramai ke Gamuda Gardens! Di sini korang bakal dihiburkan dengan persembahan istimewa dari Faizal Tahir serta Shiha Zikir.

Turut diadakan adalah hari terbuka Xploria, bazar raya, petting zoo dan bermacam lagi aktiviti menarik menanti korang sekeluarga!

Twentyfive7, 20 Mei, 9 pagi sehingga 6 petang – Ning Baizura & Shiha Zikir

Pada 20 Mei pula ada Ning Baizura dan Shiha Zikir. Fuhh! Boleh lah korang sing along ‘Awann yang terpiluuuu..’ ramai-ramai nanti!

Nikmati juga pelbagai aktiviti serta permainan eco-friendly bertemakan wetlands. Datang ramai-ramai dan main games dengan kawan-kawan atau keluarga. Mesti seronok punyalah!

Selain tu, korang juga berpeluang untuk mengikuti bengkel mesra alam dengan bercucuk tanam! Boleh tanam cendawan, dan macam-macam sayuran lagi. Turut disediakan adalah sajian hidangan sihat untuk korang cuba!

Jade Hills,  21 Mei, 5 petang sehingga 9 malam – Ratu Rock, Ella & Shiha Zikir

Hari terakhir tak kurang hebatnya, ada Shiha Zikir dan paling dinanti-nantikan sekali mestila ratu rock, Ella! Haa.. Rugilah siapa yang tak datang..

Orang ramai juga bakal dihiburkan dengan tarian Funky Fresh dan turut diadakan bazar Food Truck raya. Jadi tak payah pening-pening fikir nak makan apa di Jade Hills nanti, korang berseronoklah sepuasnya dan nikmati pelbagai tawaran ekslusif yang tersedia di sana.

Alang-alang dah di perbandaran Gamuda Land tu, apa kata kita pelajari serba sedikit ilmu hartanah bersama pelabur hartanah terkenal, Ahyat Ishak. Dengar-dengarnya beliau bakal berada di keempat-empat lokasi nanti. Wah wah.. Seronok betul dapat berhibur sambil mempelajari selok-belok urusan hartanah.

Buka peti misteri untuk menang hadiah sehinga RM100,000!

Jangan lupa untuk singgah ke Experience Gallery untuk peluang menangi hadiah istimewa! Hadiah apa agaknya ya? Rahsialah.. Korang kena sertai sendiri cabaran buka peti misteri barulah boleh tahu hadiah apa yang menanti korang.

Cabaran ni memerlukan korang untuk memilih satu kunci dan dalam masa satu minit korang kena buka satu daripada 30 peti yang ada.

Waze/Google Map: 

  1. Gamuda Cove Experience Gallery
  2. Gamuda Gardens Experience Gallery
  3. twentyfive7 Experience Gallery
  4. Jade Hills Experience Gallery

Jom cari ketupat untuk menang duit raya berjumlah sehingga RM10,000!

Nak menang duit raya? Mudah je! Korang hanya perlu sertai permainan ‘spot the hidden ketupat’ ataupun cari ketupat tersorok melalui pautan di SINI 

10 orang pemenang akan dipilih dan menerima wang tunai sebanyak RM1,000 seorang. Korang kena tebus duit raya ini di salah satu empat perbandaran Gamuda Land.

Haa.. Dah ada macam-macam aktiviti dan hadiah menarik ni. Takkanlah korang tak nak datang kan? Jom ramai-ramai meriahkan STARS OF EID LIVE konsert raya Gamuda Land! Ajak kawan-kawan dan keluarga sekali tau, barulah meriah!

Untuk sebarang maklumat lanjut korang boleh layari laman web rasmi Gamuda Land di SINI.

SKIP THIS AD ×