Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjelaskan bahawa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3, dan Rantau Panjang masih belum dapat beroperasi seperti biasa sehingga jam 6:30 pagi ini kerana pencemaran masih dikesan di muka sauk loji-loji dan berada pada tahap 1 TON.
LRA hanya boleh beroperasi seperti biasa apabila tahap pencemaran berada pada tahap 0 TON. Pengguna tidak perlu risau kerana bantuan bekalan air akan terus diagihkan melalui lori-lori tangki air. Pengguna disarankan mendapatkan bekalan air melalui pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang sedang beroperasi 24 jam sehingga bekalan pulih sepenuhnya.
Wilayah yang terkesan
Wilayah yang terlibat termasuklah Wilayah Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
Bila air akan ada semula?
Ramai penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur tertanya tanya bilakah bekalan air di lebih 1,200 kawasan akan pulih seperti biasa.
Jawapan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Suhaimi Kamaralzaman ini pasti merungsingkan semua pihak ? pic.twitter.com/TzdBgc0kYm
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) September 4, 2020
Respon netizen
Rata-rata netizen kesal dengan gangguan bekalan air yang sedang berlaku dan berharap tindakan segera dapat diambil oleh pihak Air Selangor dalam menangani isu bekalan air ini.
Sementara itu, pengguna boleh mendapatkan sebarang maklumat terkini mengenai gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua platform media sosial Air Selangor seperti Facebook, Twitter, Instagram dan laman sesawang Air Selangor.
Sumber: Air Selangor & Mohd Redzuan Abdul Manap