berita

Kongsi Masalah Air Teruk Di Kampung, Netizen Perli Fizo Tak Bersyukur – ‘Saya Bersuara Sebagai Rakyat Kelantan’

September 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Fizo Omar

Pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar menerusi satu hantaran di Instagram meluahkan rasa kecewa dengan kualiti air di negeri kelahirannya iaitu Kelantan.

Artikel Berkaitan: ‘Apa Lagi Yang Patut Kami Buat?’ – Fizo Omar Pun Pelik, Dah PKP Tapi Kes Tak Turun

Artikel Berkaitan: ‘Tak Perlu Takut Dengan Vaksin, Bukan Makcik Kiah Buat..’ – Fizo Omar

Please do something!

Foto: Tangkap layar video

Menerusi video dikongi Fizo, memaparkan air keruh yang keluar daripada paip dipercayai tidak selamat untuk digunakan. Ujar pemilik nama Wan Hafizol  Wan Omar, isu mengenai air di negeri tersebut bukan satu isu yang baharu dan dia turut menjelaskan kepentingan air dalam kegunaan seharian.

Bukan nak complain la tapi sebagai rakyat saya rasa patut saya bersuara tentang kualiti air di Kelantan. Isu ni bukan bru hari ini, dah bertahun dah macam ni. Isu air ni adalah keperluan harian dan tiada pilihan lain selain dari air paip kerajaan.

Ujar pelakon Romeo Kota lagi, dia memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung berikutan video yang dikongsikan olehnya di media sosial dan berharap tindakan susulan daripada pihak berkenaan dapat diambil.

Kepada mana-mana pihak yang berkaitan saya mohon maaf sekiranya posting ni buat mana-mana pihak tidak selesa tapi inilah hakikatnya! Diharap suara saya ni didengar dan diambil tindakan untuk kebaikan semua rakyat Kelantan.

Bagaimanapun, seorang netizen dipercayai sempat memerli Fizo dan menganggap dia sudah ‘kaya’. Namun, respon yang diberikan Fizo membuatkan ramai orang tergamam.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Sumber: Fizo Omar

SKIP THIS AD ×