berita

Kilang Punca Pencemaran Sungai Di Selangor Akan Dirobohkan

September 7th, 2020 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Insiden pencemaran air yang disebabkan oleh kilang di Sungai Gong, telah menyebabkan lebih 1.2 juta pengguna terputus bekalan air di sekitar kawasan Lembah Klang. Bekalan air yang terputus ini secara tidak langsung menyusahkan para pengguna.

Artikel Berkaitan: Gangguan Bekalan Air Di Selangor Dijangka Berlanjutan Sehingga 4 Hari

Terkini, pengusaha kilang yang bertanggungjawab terhadap pencemaran itu diarah untuk memulihan semula tanah, bangunan bakal diroboh, dan akan diberhentikan operasi.

Diarah tutup serta merta

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari arahan dalam Notis Pelanggaran Syarat (7A) akan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak kepada pengusaha kilang itu hari ini.

Menurut Amirudin, pemilik tanah terbabit yang turut mengusahakan bengkel membaiki jentera berat  diarahkan untuk memulihkan semula tanah tersebut, merobohkan bangunan yang terlibat dan penghentian operasi serta merta.

Tambahan pula, kawasan tersebut juga akan ditutup selama tiga hingga empat bulan bagi memastikan tempat berkenaan selamat daripada sebarang ancaman.

Pengusaha sudah diberi notis

Foto: Bernama

Kilang tersebut juga telah diberi notis berhenti pada Mac lepas, namun pemiliknya tetap bertindak degil dengan mula kembali beroperasi secara haram 3 bulan lepas.

Kerajaan negeri Selangor akan meminda Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 dan menaikkan kadar maksimum denda dan akan ditambah dari RM 500,000 kepada RM 1 juta sebagai amaran kepada individu-individu yang masih ingar akan arahan ini.

Bekalan air pulih sepenuhnya Rabu ini

Gambar sekadar hiasan

Pihak Air Selangor, menjangkakan bekalan air di tempat-tempat yang terjejas akan pulih secara sedia kala seawal 6 pagi, Rabu ini.

Pengguna yang telah menerima bekalan air juga dinasihatkan supaya tidak terburu-buru dalam menadah dan menyimpan air kerana ia akan memberi kesan terhadap tekanan air dan secara tidak langsung menganggu proses pemulihan bekalan air.

Sumber: Bernama

SKIP THIS AD ×