berita

Gantung Diri Di Luar Tingkap Guna Tali Kecil, Lelaki Maut Terjatuh Dari Bangunan Tinggal

November 15th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki telah ditemui terjatuh dari bangunan selepas menggantung diri di luar tingkap tingkat dua sebuah bangunan di Pasir Puteh, Ipoh Perak. Kejadian itu disedari oleh seorang individu sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Jatuh dari bangunan

Menerusi sumber yang dipetik daripada Utusan Online, mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an itu dipercayai menggantung diri di bangunan tersebut. Tetapi disebabkan tali yang digunakannya terlalu kecil dan kemungkinan tidak dapat menampung beratnya, maka mangsa telah jatuh ke tanah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, ketika saksi yang melihat kejadian itu sedang menghubungi pihak polis, mangsa telah pun terjatuh dari bangunan kedai tersebut.

Tempat kejadian merupakan rumah kedai dua tingkat yang tidak di gunakan lagi di mana si mati telah menggantungkan diri dengan tali kecil di luar tingkap. Keadaan tali kecil yang digunakan si mati untuk menggantung diri menyebabkan dia terjatuh ke tanah dari tingkat dua bangunan tersebut.

Tiada sebarang CCTV

Sementara itu, pihak polis masih belum mengenalpasti identiti mangsa kerana tiada sebarang dokumen pengenalan ditemui di kawasan kejadian.

Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV)

Hasil daripada siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada tubuh badan mangsa dan mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Utusan Online

SKIP THIS AD ×