Tergamaknya seorang ibu membuang anak yang dikandung 9 bulan ke rumah kebajikan gara-gara mempunyai suami baru. Kisah yang dikongsi warga Thailand dikenali sebagai Ake Srisuwan mendapat pelbagai respon orang ramai yang rara-ratanya marah dengan tindakan ibu tersebut.
Lebih malang apabila tubuh badan kanak-kanak ini turut mempunyai kesan lebam dipercayai didera ibu dan suami barunya itu. Kesiannya..
Suami baru tak terima anak
Menurut Leftenan Kolonel Thawatchai Nanthaphan dari Balai Polis Lopburi, mereka menerima laporan dari pihak rumah Kebajikan Keluarga dan Kanak-kanak Lopburi yang terletak di Daerah Mueang, Wilayah Lopburi bahawa terdapat seorang wanita yang memakai topi keledar menekan loceng rumah mereka.
Apabila kakitangan bertugas membuka pintu, dia melihat seorang kanak-kanak berusia lingkungan umur 2 tahun membawa beg itu berserta satu keping surat.
Saya ingin meminta jasa baik Krisana Chomprasert atau GSB untuk menjaga anak ini secara terus (kekal). Ini kerana saya tidak dapat menjaga anak ini dengan baik serta memberikan masa depan yang baik kerana saya miskin.
Saya ada keluarga baru dan suami saya yang baru tidak mahukan anak ini dan tidak menerima anak ini sebagai anaknya. Maaf terpaksa buat begini dan inilah yang terbaik.
Ibu mana tak sayangkan anak
Apa yang menyedihkan apabila kanak-kanak tersebut ditinggalkan dalam keadaan tubuhnya lebam seolah-olah didera oleh ibu dan bapa tirinya. Di penghujung surat itu ibunya turut menulis sesuatu yang memilukan hati kami.
Ibu mana tak sayangkan anak, tapi ibu juga ada keperluan.
Mungkin kerana faktor itu, ibunya mengambil keputusan untuk meninggalkan anaknya ke rumah kebajikan agar kanak-kanak ini terpelihara. Apa apa pun semoga kanak-kanak ini dapat dipelihara dan dijaga dengan baik.
Sumber : Ake Srisuwan