Seperti umum mengetahui, pelakon cantik manis iaitu Hannah Delisha telah diijabkabulkan dengan pelakon Singapura, Imam Shah pada 18 Februari 2021 lalu. Walaupun baru sahaja bergelar suami isteri, ada pula kisah yang tidak sedap didengar selepas ada dakwaan yang mengatakan perkahwinan Hannah tidak direstui ibu kandungnya.
Artikel Berkaitan:‘Syurga-Mu Merestuimu, Anakku…’ – Ibu Mentua Mohon Hannah Delisha Bersabar
Artikel Berkaitan: Guna Hashtag #IbuTidakRestu, Puisi Dikongsi Ibu Hannah Delisha Cetus Persoalan
Artikel Berkaitan:Tup Tup Dah Kahwin! Kenali Imam Shah, Jejaka Yang Berjaya Tawan Hati Hannah Delisha
Tetapi hari ini, muncul pula lagi satu kontroversi yang mendakwa pasangan selebriti ini sebenarnya sudah berkahwin pada bulan Februari tahun lepas. Betul ke?
Pelamin nampak sama
Spekulasi tersebut mula tercetus selepas ibu mentua Hannah Delisha iaitu Mariana Yati ada berkongsi beberapa foto majlis perkahwinan anak, Imam Shah dan menantunya di laman Instagram. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan artis. Tetapi apa yang menarik perhatian netizen adalah satu foto yang memaparkan pelakon dan pengacara terkenal, Eleena Sui yang memakai busana berwarna biru sedang duduk di atas pelamin sambil diapit kedua mempelai.
Malah, hasil daripada tinjauan OhBulan! mendapati pada 19 Februari 2020, Eleena Sui pernah memuat naik di Instagram beberapa foto dirinya memakai busana yang seakan sama digayakan pada majlis perkahwinan Hannah Delisha. Tetapi apa yang menguatkan lagi dakwaan tersebut adalah gambar yang dikongsikan Eleena itu memperlihatkan dirinya sedang duduk di atas pelamin dan pelamin tersebut kelihatan sangat mirip dengan pelamin perkahwinan Hannah Delisha dan Imam Shah.
Betul ke ni?
‘Kahwin pre Covid 2020’
Bukan itu sahaja, menerusi satu perkongsian di Instagram, ada netizen yang mempersoalkan mengapa keluarga pasangan pengantin ini bergambar tanpa menjaga prosedur operasi standard (SOP) iaitu tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan sosial. Berikutan daripada itu, mereka mengesyaki bahawa pasangan selebriti ini sudah mendirikan rumah tangga lebih awal daripada tarikh yang diumumkan kepada orang ramai.
Meskipun begitu, sehingga kini, tiada sebarang respon daripada pasangan ini.
Sumber: Eleena Sui, Mariana Yati