berita

Gara-Gara Bergaduh Dengan Kekasih, Lelaki Ini Sanggup Bakar Diri

March 20th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Didakwa mengalami masalah percintaan dengan kekasih, seorang lelaki berusia 21 tahun bertindak membakar dirinya. Tragedi tersebut dipercayai berlaku di sebuah rumah di Kampung Bintang, Perak.

Menerusi laporan Berita Harian, lelaki berkenaan dikatakan bertindak sedemikian kerana bergaduh dengan teman wanitanya.

Membakar diri sendiri

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman, mereka menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 7.40 malam semalam.

Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung terima satu laporan polis berkenaan seorang lelaki terbakar dan siasatan awal mendapati mangsa dikatakan hendak membakar diri sendiri disebabkan pergaduhan dengan teman wanitanya.

Mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Lelaki itu mengalami kecederaan terbakar hampir 90 peratus keseluruhan badannya. Kejadian yang berlaku di tempat letak kenderaan di hadapan rumah berkenaan disaksikan oleh beberapa orang ketika kejadian tersebut berlaku.

Video kejadian

https://www.facebook.com/infosemasaharian/videos/pcb.347731009203317/621226218324730/?type=3&theater

Tempat kejadian juga mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan polis akan menjalankan siasatan menyeluruh termasuk merakam percakapan saksi serta menganalisis rakaman CCTV yang diperoleh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh diri.

Sumber: Berita Harian & Info Semasa Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×