berita

Gara-Gara Buat Bising, Lelaki Warga Emas Potong Telinga Jiran

December 12th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki telah ditahan selepas dia didakwa menyerang dan memotong telinga kiri jirannya dengan pisau.

Artikel Berkaitan: Lelaki Terpaksa Bedah Telinga Gara-Gara Isteri Gigit Sampai Putus

Buat bising

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan The Mainichi, lelaki yang berusia 74 tahun itu didakwa menyerang wanita yang tinggal di sebelah rumahnya di Wad Edogawa, Tokyo.

Menurut pihak polis, wanita itu mendengar ketukan di pintunya dan apabila dia membuka pintu, suspek terus menyerangnya.

Mangsa mengalami kecederaan di telinga dan dia dibawa ke hospital, namun kecederaannya tidak mengancam nyawa.

Suspek mengakui kesalahannya dan memberitahu polis dia melakukan serangan tersebut disebabkan mangsa membuat bising sehingga mengganggunya.

Sumber: The Mainichi

SKIP THIS AD ×