berita

Gara-Gara Cemburu, Suami Simbah Asid Dekat Isteri Cantik Sehingga Meninggal Dunia

November 22nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Suara.com

Malang nasib menimpa seorang wanita di Indonesia, yang didakwa telah disimbah asid oleh suaminya sendiri. Insiden tersebut telah menyebabkan mangsa melecur sebelum disahkan meninggal dunia.

Isteri mangsa suami sendiri

Foto: Suara.com

Memetik laporan Suara.com, suspek yang merupakan warganegara asing dikenali sebagai Abdul Latief telah ditahan oleh pihak Polis Wilayah Jawa Barat di Soekarno-Hatta, Lapangan Terbang (Soetta).

Ujar Ketua Polis Jawa Barat, Humas Kombes Erdi A Chaniago kejadian kejam tersebut berlaku pada Sabtu yang lepas (20/11) kira-kira jam 2 pagi (waktu tempatan) di Desa Sukamaju, Kabupaten Cianjur, Jawa Barat.

 Akhirnya suspek ditahan, jadi tangkapan sudah dibuat di Polis Cianjur.

Susulan daripada insiden tersebut, mangsa dikenali sebagai Sarah mengalami kecederaan serius berikutan melecur disimbah asid yang dipercayai dilakukan oleh suaminya sendiri. Mangsa ketika itu dikatakan sempat meminta bantuan daripada penduduk setempat sebelum disahkan meninggal dunia.

Sebelum ini, dia dikejarkan ke hospital, melecur kira-kira 90 peratus.

Semuanya berpunca daripada cemburu

Foto: Suara.com

Ujar Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Cianjur, AK Septiawan Adi motif sebenar suspek bertindak sedemikian adalah disebabkan cemburu dan dipercayai berlaku pergaduhan besar antara pasangan ini. Difahamkan, pasangan ini baru sahaja mendirikan rumah tangga kira-kira 45 hari yang lepas (1.5 bulan).

Kini, suspek telah pun ditahan bagi membantu siasatan.

Siasatan lanjut sudah dijalankan.

Sumber: Suara.com

SKIP THIS AD ×