berita

Gara-Gara Cinta Terhalang, Remaja Berusia 18 Tahun Cuba Terjun Dari Bangunan Tingkat 8

February 22nd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Kecewa cinta terhalang, seorang remaja perempuan dipercayai cuba terjun dari bahagian luar rumahnya di tingkat lapan Kondominium Amara, Kg Kenneison Selayang, Selangor.

Tekanan kerana masalah cinta

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor iaitu Norazam Khamis, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung insiden yang membabitkan remaja berusia 18 tahun itu. Setibanya di sana, mereka melihat remaja terbabit sudah berdiri di balkoni rumahnya di tingkat lapan.

Kejadian melibatkan seorang remaja dalam lingkungan 18 tahun yang didapati berdiri di balkoni rumahnya di tingkat lapan. Rumah mangsa dikunci dari dalam dan ketika kejadian mangsa sedang bersendirian kerana ibu bapanya keluar bekerja

Bimbang sesuatu perkara buruk terjadi, pihak bomba serta ibu mangsa mengambil pendekatan dengan memujuk mangsa dan kira-kira dua jam kemudian mangsa akhirnya berjaya diselamatkan. Menurut sumber, remaja terbabit dipercayai nekad untuk membunuh diri kerana mengalami tekanan masalah cinta.

Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders 03-7627 2929. Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial di talian 03-2935 9935 atau 014-322 3392.

Talian Kasih 15999 / Whatsapp Talian Kasih di 019-2615999 (bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumah tangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan). KSK-Care JAKIM di Whatsapp 0111-9598214 dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia di talian 03-77825499.

Sumber: Kosmo Online

SKIP THIS AD ×