berita

Gara-Gara Dicakar Kucing, Nenek 65 Tahun Koma & Terpaksa Jalani 8 Pembedahan

November 5th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Seorang wanita berusia 65 tahun koma dan terpaksa menjalani 8 pembedahan selepas tangannya dicakar kucing sehingga menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.

Memetik laporan Dailymail, kesan daripada jangkitan, dia koma selama 5 hari selain berasa pening, tiada nafsu makan, kebingungan dan sakit otot.

Luka jadi merah, merebak

Foto : SWNS.COM/Dailymail

Shirley Hair tidak menyangka cakaran kucing Siam belaannya itu membuatkan nyawanya di hujung tanduk. Menurutnya, dia bergegas ke Southmed Hospital Bristol selepas luka pada bahagian tangan menjadi merah dan merebak ke lengan.

Selepas pemeriksaan, dia diagnos dengan beberapa jangkitan, serangan septic, kegagalan organ badan, radang paru-paru dan Necrotizing Fasciitis (NF) iaitu sejenis penyakit pemakan daging yang boleh menyebabkan bahagian tisu badan menjadi rosak.

Koma selama 5 hari

Foto : SWNS.COM/Dailymail

Sehubungan dengan itu, pembedahan untuk membuang tisu badan yang rosak dijalankan sebelum dia diletakkan dalam keadaan koma. Dia koma selama 5 hari selain 6 minggu di wad menjalani pelbagai jenis pembedahan.

Pada hari kejadian saya sedang berkebun, saya cuba nak angkat kucing tapi dicakar. Luka agak dalam tapi saya tak terfikir ianya serius sehinggalah saya jatuh sakit dan hilang selera makan.

Doktor ada bagi antibiotik tapi beberapa hari kemudian ianya menjadi lebih teruk. Tangan saya jadi merah dan bengkak. Sangat menakutkan. Disebabkan itu saya terus ke hospital.

Selepas menjalani beberapa prosedur, keadaannya bertambah serius dan menghadapi serangan jantung. Disebabkan itu, doktor mencadangkannya untuk berehat dengan memberikan suntikan dan meletakkannya dalam keadaan koma.

Selepas lapan pembedahan dan dua bulan di hospital, Shirley Hair dibenarkan pulang ke rumah dan kini dalam proses pemulihan.

Sumber : Dailymail

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×