berita

Gara-Gara Diet Cecair, Lidah Lelaki Bertukar Warna Hitam & Ditumbuhi Bulu

March 14th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara menjalani diet cecair, lidah seorang lelaki bertukar warna hitam dan ditumbuhi bulu. Lelaki berusia dalam lingkungan 50 tahun itu berdepan dengan situasi di mana lapisan tebal kulit mati dan bakteria tumbuh di lidahnya.

Diet dua bulan

Menerusi laporan Daily Star, ia berlaku sewaktu lelaki tersebut menjalani diet makanan campuran dan sup selama dua bulan. Menurut doktor, keadaan tersebut dipanggil ‘lingua villosa nigra’ dan ianya sering berlaku dan boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Tambah doktor, penjagaan kebersihan mulut yang tidak baik, merokok, penggunaan ubat kumur yang kuat dan pengambilan beberapa antibiotik juga boleh dikatakan punca lidah menjadi sebegitu.

Ini termasuk pengambilan makanan yang lembut sahaja kerana makanan lebih keras dapat mengikis sel mati dari lidah semasa makan. Menurut Akademi Perubatan Oral Amerika , 13 peratus orang dewasa mengalami lidah berbulu hitam pada satu masa dalam hidup mereka. Kebiasaannya, pesakit akan berasa terbakar, geli di bahagian lidah, loya serta nafas berbau.

Sumber: Daily Star

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×