berita

Gara-Gara Kutip Botol Di Depan Sebuah Kedai, Suami Raisa Curi Tumpuan Netizen. Kacaknya!

February 17th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral di Twitter, apabila suami kepada penyanyi Raisa iaitu Hamish Daud kelihatan sedang mengutip botol yang berselerakan di depan sebuah kedai serbaneka di Indonesia.

Menurut netizen, mereka tidak menyangka bahawa lelaki yang sedang mengutip botol itu merupakan Hamish. Perkara tersebut diketahui sebaik sahaja pelakon itu membuka pelitup mukanya untuk minum air. Terbaik!

Berteka-teki siapa lelaki itu

Menerusi video berdurasi 0:19 saat itu, perakam pada mulanya berteka-teki tentang identiti lelaki yang sedang mengutip beberapa botol yang bersepah di depan kedai tersebut. Ini kerana, individu tersebut memakai pelitup muka. Namun begiru, sangkaan perakam bahawa lelaki tersebut adalah Hamish Daud ternyata sangat tepat apabila dia membuka pelitup muka untuk minum air sebelum berlalu pergi.

Macam kenal ya!

Eh sebentar, kenapa macam kenal ya? Dia buat apa dekat sini? Tadaa bagaimana menurut kamu semua? Sama tak lelaki kacak ini dengan lelaki dalam video tadi.

Sehubungan itu, pelantun suara ‘Peluang Kedua’ itu memuat naik sekeping foto dirinya dengan sang suami yang berada di belakangnya sambil minum air. Raisa turut bertanya kepada netizen sama ada suaminya itu mirip dengan lelaki dalam video yang viral berkenaan. Di akhir tweet, Raisa mengingatkan kepasa semua individu agar tidak membuang sampah di merata-rata tempat, lebih-lebih lagi sekiranya sampah tersebut boleh dikitar semula.

Sumber: Raisa

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×