Foto: Harian Metro
Seorang penuntut lelaki bagi sebuah universiti tempatan yang terletak di Padang Besar cedera parah selepas terjatuh dari tingkat enam blok kediaman universiti berkenaan yang terletak di Sungai Chuchuh, semalam (Isnin).
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 7 Tahun Maut, Jatuh Bangunan Selepas Pulang Mengaji
Mahu ambil kunci yang tertinggal
Foto: Harian Metro
Memetik laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku selepas penuntut lelaki berkenana mahu mendapatkan kunci yang tertinggal di dalam unit kediamannya.
Mangsa yang berusia 24 tahun itu kemudiannya dipercayai tergelincir ketika cuba memanjat masuk ke dalam kediamannya untuk mengambil kunci yang tertinggal tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah, mangsa dalam keadaan berlumuran darah tetapi tidak sedarkan diri ketika pihaknya tiba di lokasi kejadian.
Menurut saksi yang berada di sekitar tempat kejadian, mereka terdengar bunyi seperti sesuatu jatuh sebelum melihat mangsa terbaring serta berlumuran darah di lantai aras bawah bangunan.
Mangsa ketika ditemui masih dalam keadaan sedar tetapi tidak boleh bergerak dan dia kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, untuk rawatan lanjut.
Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan kita sudah mengambil keterangan beberapa orang saksi bagi membantu siasatan.
Ketika ini, punca kejadian sebenar masih lagi disiasat dan dalam masa yanga sama, Mohd Shokri meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.
Sumber: Harian Metro