berita

Gara-Gara Majlis ‘Gender Reveal’ Bayi, 8,600 Ekar Hutan Marak Dijilat Api!

September 10th, 2020 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Pasangan suami isteri panik apabila alat ‘Pyrotechnic’  yang digunakan untuk menghasilkan asap dalam pesta ‘gender reveal’  yang diadakan mencetuskan kebakaran yang dasyat di San Bernardino, California.

Menurut pihak berkuasa, kebakaran tersebut telah merebak sehingga 8,600 ekar dan melonjak lagi sebanyak 7%.

Punca kebakaran

Gambar sekadar hiasan

Difahamkan punca kebakaran adalah disebabkan alat ‘phyrotechnic’ yang digunakan ketika pasangan tersebut mengadakan pesta ‘gender reveal’ bersama rakan-rakannya. Alat tersebut digunakan untuk melepaskan asap biru atau merah jambu bagi mengumumkan jantina bayi itu. Namun, asap tersebut dipercayai meletus sebelum berjaya merebak ke kawasan hutan tersebut dan mencetuskan kebakaran.

Api tersebut mula marak bermula hari Sabtu yang lepas di ‘Yucaipa Bridge’ sebelum merebak ke El Dorado Ranch Park.

Pasangan tersebut akan dipertanggungjawabkan untuk membayar semua kos yang diperlukan untuk memadam kebakaran di hutan tersebut yang melibatkan kos yang tinggi.

8,600 ekar hutan terbakar

Foto: The Sun

Hutan di California yang terbakar sehingga 8,600 ekar itu, memerlukan khidmat tenaga kerja yang ramai bagi memadamkan api tersebut.

Kejadian yang berlaku ini secara tidak langsung memberi perasaan yang sedih dan hiba kepada penduduk setempat dan akan memberikan satu momen hitam kepada mereka.

El Dorado Ranch Park merupakan satu tempat popular yang menjadi tarikan pengunjung disebabkan keindahan semula jadinya.

Keadaan terkini

Foto: Zneha

Menurut Zneha, bandar San Francisco kelihatan berwarna oren disebabkan pembakaran yang terjadi, ia sekali gus memberi kesan kepada bandar tersebut. Pembakaran yang berlaku ini secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya jerebu dan peningkatan suhu di tempat tersebut.

Pengguna dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam menggunakan alat ‘phyrotechnic’ supaya kejadian seumpama ini tidak lagi berulang.

Sumber:  Zneha, Cable News Network The Sun

The following two tabs change content below.

Najmi Suhaimi

Content Champion at Rev Media Group
Have courage and be kind.

SKIP THIS AD ×