Di Indonesia, seorang lelaki bertindak melaporkan ibu kandungnya kepada polis hanya kerana sebuah motosikal. Lelaki tersebut difahamkan tidak berpuas hati apabila motosikal tersebut digunakan saudara yang lain.
Memetik laporan Kompas, Ketua Siasatan Jenayah (Kasat Reskrim) Polis Lombok Tengah, Priyo Suhartono, walau bagaimanapun menolak laporan tidak munasabah lelaki tersebut.
Hanya kerana motor
Menurutnya, konflik yang dihadapi dua beranak itu adalah konflik dalaman keluarga dan jalan penyelesaian terbaik hendaklah diperolehi secara rundingan.
Menceritakan secara lebih lanjut, persengketaan mula tercetus apabila si anak menjual tanah warisan ayahnya bernilai Rp 200 juta (RM60,217). Hasil daripada jualan tersebut, si anak hanya memberikan ibu Rp 15 juta (RM4,516).
Dengan wang tersebut, si ibu membelikan sebuah motosikal dan diletakkan di rumah saudara mereka. Motosikal tersebut kemudian digunakan bersama-sama.
Si anak (pelapor) menjual tanah bapaknya Rp 200 juta, ibu nya dikasih Rp 15 juta, kemudian belilah motor ibunya. Kemudian motor itu dia pakai sama saudaranya, si anak keberatan.
Meski sudah berusaha dijelaskan, si anak tersebut tetap tak mau terima dan nekat melaporkannya ke polisi.
Iyaa, saya enggak mau nerima, saya menyarankan untuk dirundingkan keluarga.
Si anak yang tidak berpuas hati menuduh ibu sengaja mahu menyembunyikan motosikal tersebut daripadanya.
Pernah diusir dari rumah
Kompas melaporkan lagi ibu, Kalsum, berasa sangat kecewa apabila mengetahui hal tersebut. Dia sendiri tidak menyangka anaknya sanggup berlaku kasar dan berniat memenjarakannya.
Katanya lagi, hubungannya dengan anak memang tidak baik dan dia pernah diusir keluar daripada rumah.
Dia sering katain saya kotor, ditonjok pernah, dia juga sering menyuruh saya pergi (diusir).
Motor itu saya beli dari bagian uang warisan 15 juta, sebenarnya ada Rp 200 juta hasil penjualan, tapi M membawa uang warisan tersebut entah ke mana.
Sambil menitiskan air mata, si ibu tidak menyangka dia dituduh mahu menyembunyikan motosikal hanya kerana saudara meminjamnya buat seketika.
Sumber : Kompas.com