‘Malu Apa Bossku‘ merupakan tagline yang semakin popular dalam kalangan netizen pada masa kini. Tagline yang dipopularkan oleh bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak ini menjadi semakin hangat apabila seorang budak lelaki ditahan oleh polis kerana menggunakan tagline ‘Bossku’ sebagai nombor plat.
Menerusi Facebook JB Traffic Report, budak lelaki itu kelihatan sedang menangis apabila polis menahan dirinya dan diminta untuk membuang sticker no plat berkenaan. Siap menyakat lagi abang polis ni!
Alahai kesiannya adik
https://www.facebook.com/JBTRAFFICREPORT/videos/2251174411789675/
Video berdurasi 1:16 saat yang di muat naik melalui Facebook JB Traffic Report, mendapat perhatian netizen apabila budak lelaki itu benar-benar menangis sambil membuang sticker tersebut. Pihak polis menyoal budak tersebut berkaitan plat nombor yang digunakan serta ingin mengeluarkan saman jika budak itu tidak menanggalkannya.
Pihak polis juga meminta budak tersebut menghubungi ibu bapanya supaya tampil ke tempat kejadian sambil menyakat untuk menggari tangannya jika dia tidak berhenti menangis.
Reaksi netizen
Rata-rata netizen terhibur dan memberi komen terhadap reaksi kesedihan budak lelaki tersebut.
Sumber: JB Traffic Report