Pelbagai cara yang akan digunakan oleh kumpulan ‘along’ untuk memeras ugut si peminjam bagi melunaskan bayaran dengan segera. Gara-gara pemilik lama yang membuat pinjaman dan tidak melangsaikan hutang, sebuah rumah rosak di simbah cat merah oleh ahli kumpulan ‘along’.

Menerusi Twitter Aisyah berkongsi kisah sebuah rumah sewa rakannya yang disimbah cat merah oleh ahli kumpulan ‘along’ yang menyangkakan rumah tersebut masih didiami peminjamnya.

‘Along’ simbah cat salah rumah

https://twitter.com/cikaisyah_/status/1142855500700086272

Mangsa yang dikenali sebagai Adam merupakan pelajar tahun akhir Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) turut mendapat surat amaran yang ditulis dalam Bahasa Cina beserta nama si peminjam.

Mangsa keadaan

Menurut perbualan mangsa bersama rakannya, walaupun dia telah berjumpa dengan orang suruhan along tersebut, si pelaku masih meneruskan kegiatan menyimbah cat atas alasan arahan dari pihak atasan.

Mangsa turut memberitahu bahawa pemilik dahulu memang banyak berhutang sebelum rumah tersebut dilelong oleh pihak bank dan telah dibeli oleh pemilik baru.

Moto penuh dengan cat merah

Sumber: Aisyah