Dua orang gadis melalui detik cemas semasa berada di hentian rehat dan rawat (rnr) Nilai Utara. Kisah ini diceritakan sendiri melalui Twitter Lisaa apabila dia dan rakanya berhenti di rnr untuk memeriksa air kenderaan miliknya. Tiba-tiba seorang lelaki tidak dikenali menghampiri mereka dengan mempelawa untuk memberi bantuan.

Namun selepas keretanya kembali normal, lelaki tersebut meminta sejumlah wang atas alasan memberi pertolongan. Lelaki tersebut tidak mahu beredar selagi wang tidak diberikan secara tunai mahupun secara transaksi bank.

Kami sumpah takut ni

https://twitter.com/lisaa_aa98/status/1200063570777501696?s=12

Rakaman video yang dirakam secara sembunyi ini menunjukkan dua orang individu lelaki yang tidak mahu beredar dan meminta sejumlah wang dari dua orang gadis ini. Individu tersebut dilihat mempunyai walkie-talkie.

Sumpah dia isi air je

Menurut gadis tersebut, individu itu hanya mengisi air ke dalam kereta tanpa membuat apa-apa perkara yang berat. Tidak logik untuk individu tersebut meminta wang sebanyak itu. Atas sebab takut, dia terpaksa menelefon polis secara senyap-senyap tanpa pengetahuan individu tersebut.

Polis dah sampai

https://twitter.com/lisaa_aa98/status/1200074449665413120

Selang beberapa minit kemudian, pihak polis tiba di tempat kejadian dan menyuruh individu tersebut untuk beredar.

Apa sebenarnya yang terjadi

Call polis senyap-senyap

Tiada isu perkauman

Sumber: Lisaa