berita

‘Mereka Buat-Buat Tak Nampak’ – Wanita Viral Restoran Nasi Ayam Popular Tampil Beri Penjelasan

June 24th, 2019 | by Azizi Rahman
Isu & Kontroversi

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila seorang wanita telah merakam dan memarahi pekerja wanita di sebuah restoran nasi ayam popular. Tindakan wanita tersebut mendapat kecaman netizen kerana dia didakwa tidak sabar untuk diambil pesanan dan tidak memahami situasi keadaan kedai yang kekurangan pekerja.

Namun menerusi Mstar, wanita tersebut yang dikenali sebagai Datin Mona tampil memberi penjelasan yang sebenar berhubung kejadian yang berlaku untuk mempertahankan dirinya. Dia mendakwa tindakannya untuk merakam video berkenaan adalah untuk menyeru seluruh restoran memperbaiki servis dan perkhidmatan yang disediakan.

Nak pekerja kedai menghormati warga emas

Kalau kamu tengok Twitter saya, kali terakhir saya tweet pada 2012 dan sekarang dah 2019. Saya tak aktif pun tapi saya perlu bersuara sebab ini bukan kali pertama, sebaliknya berlaku berulang kali sebelum ini. Mereka masih tak perbaiki sistem dan perkhidmatan di kaunter memang di bawah par. Saya pelanggan tetap kedai nasi ayam ini dan pernah berdepan situasi sama sebelum ini. Kadang-kadang saya panggil atau angkat tangan, mereka buat-buat tak nampak seolah-olah saya ni tak wujud di situ.

Jadi kali ini saya kira perlu lakukan sesuatu. Saya hanya nak kedai itu serta kedai-kedai makanan lain untuk menghormati pelanggan warga emas, OKU, keluarga yang ada anak kecil dan ibu mengandung. Saya tengok budaya macam ni dah tak ada dalam kalangan anak muda hari ini.

Dia memang kurang ajar

Dia turut mendakwa pekerja wanita tersebut bersikap kurang ajar sehinggakan dia sebagai pelanggan naik berang.

Waktu tu saya pergi bukan peak hour, kira-kira pukul 5.30 petang macam tu tambahan pula ada lagi empat meja kosong, cukupcukup untuk yang datang waktu tu. Saya kata dik tu ada lagi meja kosong biar kami masuk bawa mak saya duduk di situ

Sementara saya panggil mak saya jalan masuk, dia boleh kata kalau duduk kita tak layan. Saya ingatkan pekerja wanita itu tak
maksudkan apa dia cakap. Kami tunggu lama jugalah dekat 10 minit sampai mak saya tanya mana orang nak ambil order ni.

Sebab itu saya tinggi suara dekat dia. Perkataan macam tu saya tak boleh terima kerana saya ada pengalaman dalam industri makanan dan perkhidmatan. Saya sendiri tak pernah bercakap dengan klien atau pelanggan saya seperti itu. Tidak pernah…. dia memang kurang ajar

Tak kisah dikecam netizen

Selain itu, isteri kepada komposer terkenal itu turut tidak peduli dengan kecaman netizen di Twitternya kerana mereka tidak mengetahui perkara yang sebenar.

Saya tak kisah orang nak kutuk, nak sumpah saya ke, bagi saya itu karakter biasa manusia. Ada sifat dendam. Mereka manipulasi video saya cut and paste supaya ia kelihatan seperti berpihak kepada mereka. Kita tak boleh harapkan mereka untuk bersikap matang… guna bahasa baik. Mereka lebih suka guna kata-kata kesat, suka ugut orang. Ada yang ugut nak bunuh saya, cari saya. Sampai macam tu sekali. Dahsyat sungguh.

Bagi saya itu bukan satu isu. Buatlah apa sahaja yang anda suka. Bagi saya video tu semua fakta. Mungkin pendapat orang berbeza tapi saya dah jelaskan situasi sebenar. Saya hanya mahu kedai itu perbaiki perkhidmatan mereka. Itu sahaja.

Sumber: Mstar

SKIP THIS AD ×