Gambar sekadar hiasan
Seorang bapa telah melepaskan beberapa das tembakan gara-gara berang selepas melihat penyewa rumahnya berbogel di atas katil bilik tidur anak perempuannya yang masih seorang gadis remaja.
Artikel Berkaitan: Buat Duit Dengan ‘Live’ Berbogel, Polis Berkas Influencer
Artikel Berkaitan: Pakaian Berselerak Di Merata Tempat, Youtuber ‘Besarkan Zakar’ Ditemui Maut Dalam Keadaan Separuh Bogel
Tersalah masuk bilik
Gambar sekadar hiasan
Berdasarkan laporan polis, ketika kejadian gadis itu panik dan terkejut apabila dia melihat seorang lelaki iaitu penyewa sebuah bilik di rumah mereka sedang berada di atas katilnya dalam keadaan berbogel.
Isteri penyewa tersebut yang menyedari suaminya tiada di dalam bilik mereka terus menjerit kerana berada di dalam bilik yang salah. Penyewa itu kemudian masuk semula ke dalam biliknya sebelum bapa gadis itu bertindak ganas dengan mengambil senjata api kemudian menembak ke arah lantai tiga atau empat kali.
Susulan itu, bapa gadis tersebut telah menghubungi panggilan kecemasan namun dia ditahan oleh pihak polis. Manakala penyewa tersebut dan isterinya menjelaskan hal sebenar kepada pihak polis bahawa pada malam tersebut mereka minum arak bersama bapa gadis itu. Tetapi selepas tidur dia terjaga untuk menggunakan bilik air dan menegaskan bahawa dia tersilap masuk ke bilik anak perempuan pemilik rumah itu.
Pihak berkuasa tidak menyatakan mengenai sebarang kecederaan berkaitan kes tersebut namun bapanya itu telah ditahan di penjara walaupun masih belum membuat pengakuan bersalah.
Bapa gadis tersebut didakwa dengan dua pertuduhan iaitu melakukan dengan senjata dan menembak di dalam kawasan kediaman yang diduduki.
Sumber: Inside Edition