berita

Gara-Gara Salah Faham, Pelanggan Ugut Tak Mahu Bayar Servis Cuci Kereta Warga Bangladesh

January 7th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Abdullah Bukhari, berkongsi pengalamannya menjadi saksi apabila seorang pekerja warga Bangladesh, dilayan dengan ‘kurang ajar’ oleh pelanggannya.

Huduhnya perangai!

Sekadar gambar hiasan

Ahad lepas 3 Januari 2021, saya bersama 2 anak pergi basuh kereta di kedai basuh kereta bekas murid dewasa saya di Selayang Segar. Ketika kereta hampir siap, ada seorang pelanggan muda bising-bising tak mahu bayar harga kereta yang dibasuh. Si pelanggan muda dalam lingkungan usia awal 30-an bersama 3 anaknya yang masih kecil. Orangnya nampak kurang adab kerana semasa menunggu dia berterusan menghisap vape tanpa mempedulikan anak2nya yang kecil dan pelanggan lain. Antara dialognya yang saya masih ingat:

Kamu ni Bangla! Jangan kurang ajar! Lain aku suruh, lain kau buat! Aku suruh basuh luar sahaja, kenapa kamu cuci dalam sekali? Aku hantar kau balik Bangla baru tahu! Pekerja Bangla cuba membela diri dan bercakap elok-elok dengannya menyatakan mereka dah jelaskan pada pelanggan tentang basuhan luar dan dalam. Apa jawapannya sambil menunjukkan tapak kakinya pada pekerja Bangla?

Kau nampak kaki aku ni? Nak makan kaki? Aku tak peduli! Aku tak mahu bayar! Kau kurang ajar! Panggil siapa boss kau? Oh kau besar kepala ye mentang2 ada orang jaga kau! Aku tak mahu bayar! Panggil boss kau sekarang!

Kisahnya bermula, apabila lelaki ini terlihat satu insiden di tempat cuci kereta, di mana berlakunya salah faham antara pekerja kedai tersebut dengan pelangannya. Namun, pelanggan itu seolah-olah bertindak biadap dan sempat mengugut tidak mahu membayar atas servis yang telah siap dilakukan oleh pekerja kedai itu.

Jelas tuan punya kedai, kejadian seumpama ini sering kali terjadi dan berlakunya penyelewengan, di mana pelanggan akan menuduh pekerja Bangladesh ini, yang mencuri barang yang hilang di dalam kereta mereka. Susulan daripada itu, pekerjanya terpaksa akur dan membayar kerana takut diugut oleh samseng.

Cadangan buat tuan kedai

Semalam (6 Januari 2021) saya singgah lagi di kedai ini membasuh kereta dan mencadangkan agar boss mereka menyediakan BORANG KHAS (lampiran gambar) untuk semua pelanggan agar para pekerja Banglanya tak lagi dianiaya. Pagi ini, boss mereka hubungi saya dan menceritakan kesudahan kisah si pelanggan tempoh hari. Bila boss mereka datang berunding, si pelanggan tetap enggan membayar (RM 7 sahaja) dan enggan beredar. Apa tuntutannya?

“DIA MAHU PEKERJA BANGLA YANG DIDAKWA BIADAB ITU SUJUD DAN MEMINTA MAAF!!” Inna Lillah!

Betapa angkuhnya pelanggan ini. Akhirnya boss mereka terpaksa memanggil Polis menghalau si pelanggan. Dia beredar tanpa membayar satu sen pun. Semoga Allah beri hidayah kepada si pelanggan yang angkuh dan bantu para pekerja Bangla yang datang berkerja mencari rezeki halal di negara kita.

Susulan daripada kes tersebut, lelaki ini mencadang satu mekanisme yang baharu buat tuan kedai dan pelanggan yang datang harus menandatangani satu borang pengakuan yang telah disediakan. Berhubung kes yang terjadi tempoh hari, pelanggan itu masih enggan membayar caj yang dikenakan dan masih mahu mengambil tindakan terhadap pekerja Bangladesh itu.

Sumber: Abdullah Bukhari

SKIP THIS AD ×