berita

Gara-Gara Tak Bawa Pergi Singapura, Isteri Serang & Tikam Suami

January 12th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita berusia 52 tahun di Bengaluru, India telah ditahan polis selepas didakwa menikam suaminya yang enggan membawanya ke Singapura.

Artikel Berkaitan: Isteri Tumbuk Suami Sampai Mati Sebab Enggan Bawa Pergi Bercuti

Berlaku pertengkaran

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan The News Paper, suspek dan suaminya telah berkahwin pada tahun 2002, namun mangsa bekerja di Singapura selama 25 tahun dan sering pulang melawat isteri serta anak lelakinya.

Mangsa merancang untuk ke Singapura pada 19 Januari bersama anak lelakinya yang melanjutkan pelajaran di sana.

Disebabkan mangsa tidak merancang untuk membawa isterinya, berlaku pertengkaran besar antara mereka berdua.

Menurut mangsa, dia diserang dengan pisau di kepala ketika sedang tidur, malah suspek juga turut menikamnya dari belakang.

Bukan itu saja, suspek juga turut mencampurkan serbuk cili dengan air lalu menyimbahnya ke muka mangsa.

Saya sedang tidur di bilik tidur kira-kira jam 2.30 petang selepas makan tengah hari. Dia juga menyerang saya dengan pisau di kepala dan tangan saya. Apabila saya cuba membalas, dia menikam saya dari belakang. Kemudian, dia membawa air dicampur serbuk cili dan menyimbahnya ke muka saya.

Mangsa dan anak lelakinya segera menghubungi polis untuk meminta bantuan. Walau bagaimanapun, disebabkan kejadian tersebut, mangsa telah menjalani rawatan di hospital berdekatan dan menerima sebanyak 14 jahitan.

Sumber: The New Paper, Times Of India

SKIP THIS AD ×