berita

Suami Kantoi Ada Hubungan Sulit, Tembak Isteri & Anak Lelaki

December 14th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang lelaki di Thailand tergamak menembak isteri dan anak lelakinya selepas mereka membongkar hubungan sulitnya dengan wanita lain.

Artikel Berkaitan: Koperal Polis Tembak Bapa Sampai Mati, Jadikan Ibu & Isteri Sebagai Tebusan

Artikel Berkaitan: Sering Diserang Secara Fizikal, Ibu Upah Pembunuh Tembak Anak Sampai Mati

Berlaku pertengkaran

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Thaiger News, pihak polis segera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan mengenai kejadian tembakan tersebut dan mendapati suspek sedang duduk sambil memegang sepucuk pistol revolver.38.

Suspek mendedahkan bahawa isterinya telah mengetahui dia kerap memberikan wang yang banyak kepada perempuan simpanannya.

Ketika kejadian berlaku pertengkaran besar antara suspek dan isterinya sehingga menyebabkan dia mengambil pistol dan menembak mangsa sebanyak dua kali.

Bukan itu saja, suspek juga turut menembak anak lelakinya di dada kerana dia memihak kepada ibunya.

Dalam pada itu, suspek juga menuduh isterinya yang cuba meletakkan minyak croton dalam makanan dan minumannya yang boleh menyebabkan berlaku cirit birit.

Kedua-dua suspek dihantar ke hospital oleh jiran mereka dan kini berada dalam keadaan kritikal di mana isteri suspek mengalami luka tembakan di leher dan kaki kiri manakala anak lelakinya mengalami luka di dada.

Disebabkan itu , suspek akan dijatuhkan hukuman membunuh di mana dia akan menjalani hukuman penjara seumur hidup atau 15 hingga 20 tahun penjara.

Sumber: Thaiger News

SKIP THIS AD ×