Siapa tak kenal dengan keluarga ‘The Family UK’ yang pernah viral suatu ketika dahulu. Fatimah pernah menjadi tumpuan beberapa kali gara-gara gelagatnya petah bertutur dialek Kelantan dan bahasa Inggeris bersama adik lelakinya, Ali.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Pernah Jemu Melayan Fatimah’ – Kehilangan Adamidam Pasti Dirasai The Family UK
Dibuli sesama Islam
Terbaru, menerusi hantaran di Instagram (IG), @thefamily.uk meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir netizen yang mempertikaikan penampilan Fatimah dan Ali ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Menurut pengelola akaun @thefamily.uk, anak-anaknya dilabel Murtad hanya kerana mereka tidak memakai baju melayu dan baju kurung pada hari perayaan tersebut.
Anak-anak kami dari kecil sampai besar tak pernah kena buli dengan orang-orang tempatan di sini (London). Alhamdulillah. Mereka bukan Islam tapi cukup tinggi akhlak mereka.
Mereka sentiasa belajar untuk memahami dan menghormati kami sebagai orang Islam. Baik dalam bab solat, puasa, pakaian, makanan dan hal-hal lain.
Tapi kita yang sesama Islam membuli sampai tahap melabel kami sebagai Murtad hanya kerana anak-anak kami tak pakai baju melayu dan baju kurung di hari raya. Sedih..
Belajar hormat budaya orang lain
View this post on Instagram
Dalam pada itu, menerusi hantaran berbeza, beliau menegaskan Hari Raya Aidilfitri bukan khas untuk bangsa Melayu di Malaysia sahaja tetapi adalah perayaan bagi umat Islam di seluruh dunia.
Islam ada di serata dunia, bukan Malaysia sahaja. Jadi semua umat Islam di mana-mana negara dalam dunia ini semua pakai pakaian tradisional masing-masing, bukan baju tradisional Melayu sahaja.
Enough is enough. Tolong cuba belajar menerima dan menghormati budaya orang lain. Semoga Allah lindungi kita semua dari sifat membuli dan jahil.
Sumber: Instagram @thefamily.uk