berita

Gara-Gara Tak Pakai Seatbelt, Muzik Video Kill This Love Blackpink Diharamkan KBS

April 26th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui bahawa kumpulan Blackpink telah mengeluarkan single terbaru mereka iaitu Kill This Love baru-baru ini. Muzik video (MV) yang penuh dengan koreografi dan jalan cerita yang menarik itu berjaya memukau jutaan penonton di Youtube. Wow hebatnya!

Namun begitu, menerusi laporan All Kpop, pihak Korea Banning System (KBS) telah melakukan satu kajian semula terhadap muzik video lagu tersebut selepas dipercayai mempunyai unsur keganasan lalu lintas.

Tak pakai seatbelt

Kalau korang perasan, salah seorang ahli kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Rose, tidak memakai seatbelt ketika memandu kereta dalam MV tersebut. Disebabkan tidak mematuhi peraturan lalulintas, MV tersebut dianggap tidak sesuai oleh pihak KBS lalu di ban.

Bukan kali pertama

Selain MV Kill This Love, muzik video Boombaya kumpulan tersebut pernah ditimpa masalah yang sama apabila, terdapat lirik yang tidak sesuai seperti ‘F U Pay me’. Selain Blackpink, beberapa artis Korea yang lain turut menghadapi masalah yang sama apabila MV mereka turut di ban oleh KBS antaranya, Park Bom, Kim Don Han’s dan Co Jun Min. Ternyata KBS mementingkan undang-undang penyiaran berkaitan muzik video artis mereka.

Reaksi peminat

Rata-rata peminat kumpulan tersebut tidak dapat menerima bahawa lagu tersebut di ban oleh KBS. Mereka turut mempersoalkan isu drama Korea yang juga mempunyai masalah yang sama.

Sumber : All Kpop

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×