berita

Gara-Gara Terlalu Obses Jamu & Kolagen, Gadis Ini Jalani Pembedahan Buang Fibroid 7cm

February 27th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Sudah menjadi fitrah setiap orang sukakan kecantikan lebih-lebih lagi wanita. Perkara ini membuka peluang kepada orang yang tidak bertanggungjawab menghasilkan pelbagai ubat-ubatan yang diragui keselamatannya.

Seperti pengalaman yang dikongsi gadis ini, gara-gara terlalu taksub dengan jamu dan kolagen dia terpaksa menjalani pembedahan membuang fibroid sebesar 7cm.

Kerap kencing gara-gara makan jamu & kolagen

Menurutnya, sebelum berkahwin dia gemar mencuba pelbagai jenis jamu dan kolagen untuk kesihatan badan. Kesan daripada itu, dia kerap berulang alik ke tandas untuk membuang air kecil. Apabila ditanya penjual jamu, jawapannya perkara itu adalah biasa.

16 hari darah period keluar banyak

Selepas empat bulan pengambilan kolagen, dia mendapati darah haid menjadi banyak dan berlarutan sehingga 16 hari. Ketika proses imbasan di klinik swasta, doktor memberitahu ada fibroid di bahagian rahim sebesar 5cm.

Fibroid sebesar 7 cm

Katanya lagi, selepas dimasukkan ke wad akibat demam panas dia menjalani pembedahan membuang fibroid yang semakin membesar sehingga 7cm. Menurut doktor, fibroid tersebut menutup rahim sehingga menyebabkan kesukaran mengandung dan pendarahan yang banyak.

Sumber : Ila Bella

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×