Guys, korang ingat tak video viral Nabila Huda dan Amy Search pasal Ayam Goreng Viral haritu?
Mesti korang tertanya-tanya kenapa Nabila beria-ia sangat merayu kat netizen supaya TOLONG.JANGAN.SEARCH Ayam Goreng Viral di internet. Katanya, dia takut habis dan tak dapat beli nanti.
Nak tahu apa sebenarnya yang terjadi? Jom kami kongsikan!
Sebenarnya, video ni tentang..
Kalau korang nak tahu, video yang viral ni adalah iklan terbaru dari McDonald’s Malaysia tentang Ayam Goreng McD yang pernah menjadi sensasi internet dan mendapat sambutan hangat di Malaysia! Laa..buat suspens je..
Untuk korang yang belum tengok lagi video ni, nah admin payung. Ngam betul telatah dua beranak ni!
Kalau tak percaya, cuba korang Google ‘ayam goreng viral’, confirm keluar Ayam Goreng McD yang dah turun-temurun menjadi kegilaan rakyat Malaysia ni.
Jika korang masih ingat pada dua tahun lepas, Ayam Goreng McD ni memang hangat diperkatakan sehingga out of stock!
Bukan itu je, ramai juga yang tak tahan dengan godaan iklan ni sampai sanggup beratur panjang dan drive-thru di McDonald’s semata-mata untuk dapatkan ayam goreng viral ni.
Masa ni, pergi lah mana-mana outlet, gerenti sold out! Hebat betul lah! Patutlah Nabila takut sangat habis!
Pedas atau biasa? Dua-dua pun favourite!
Aduhh..tengoklah tu. Siapa je boleh tahan dengan godaan ayam goreng yang rangup di luar, isinya yang lembut di dalam, ditambah pula dengan aroma dan rasa pedas menyengat. Makan pulak panas-panas, memang perghh!
Cakap banyak pun tak gunalah. Admin pun dah kecur air liur ni dan tak sabar nak order Ayam Goreng McD ni.
Apa tunggu lagi, jom pesan Ayam Goreng McD hari ini juga melalui McDelivery atau di pandu-lalu di McD berdekatan korang. Baik cepat, kalau habis jangan menangis kat bucu katil pulak!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web McDonald’s Malaysia.